Friday, August 20, 2010

kasih-sayaNg

Basmallah..Alhamdulillah akhirnya dapat juga bertemu kembali gan blog ni.setelah kian lamanya..heh.. berpeluang menulis semula ^_^. hari ni ramadhan yg ke-10 bersamaan 21Ogos.. Oleh kerana 3bln di Cherating kursus bahasa arab jadi gelaran ak bertukar ke ana.meshi? kisah hari ni yg bakal ana tulis berkaitan gan pemerhatian ana la.semenjak mula membela kucing kesayangan.alhamdulillah disebabkan kesunyian di rumah,Allah menjumpakan kakak ana dengan seekor kucing dan ana namakn kucing tu Zainab.heh. Akhirnya zenab pun melahirkn 3 ekor ank.Kesimpulannya dapat ana katakan "SubhanaAllah" leh hakaza??(kenapa begitu) alashan its a miracle.. kesemuanya 4 ekor kucing sawa(sama) gan family ana yg ada di rumah 4 orang ahli.. n then all gurlz.heh. k.Oleh kerana sume anak kucing ada 3 ekor jd ana n kkk ana pn amik sorang satu.nama kucing ana toyibah.kucing k.hajar-abiad nama kucing k.od-helwa.. hehhe sume nama arab.meshi?? (",)
bermula la cerita kami. ana mula rasa syg gan kucing2 tersebut. bila kuar uma nk blek ke uma,kucing2 tu seperti menyambut kita.rasa seronok cgt..manja cgt..mak kucing pun manja..huhu..
seronok la men gan zenab,toyibah,helwa n abiad.. kekadang bile duk uma sorang xdela rasa sunyi cgt lianna(krn) ada kucing2..heheh.. nak di pendekkn cite. setiap kali utot2(kucing2) ni lapar, mereka akan meow3 la an... so, ana-aeishah yg bek mesti nk bg makan an.hehhe.. so ana bg la utot2 ni makan. utot3 ni berebut-rebut nk makan.seronok rasa. ada yg bawa lari makanan.ada yg cm tamak r,xbg adk beradik len makan.huish. dahsyat la.. siap bunyi2 kelaparan lg utot2 ni.. dahsyat la.. xdpt digmbarkn... tp.... sering kali ana perhatikn zenab sering mengalah..biarpun ana asingkn makanan ntk bg zenab setelah kian lama dy memerhati tanpa makan. Namun zenab ttp tak makan. acap kali begitu.lalu ana pn terfikir di kotak fikiran ana,betapa besarnya pengorbanan zenab,iani pengorbanan seorang ibu kucing.sanggup kelaparan untk memastikan anak2nya kenyang.huish.hebat betul ciptaan Allah.Pengajaran yg Allah cuba tunjukkn kepada ana sungguh bermakna bagi ana.betapa situasi ini membuatkn ana berfikir panjang bahawa hidupan lain juga sama seperti manusia.mereka juga mempunyai nilai kasih sayang yg tinggi. Bila si anak2 kucing da kenyang, datangla zenab memakan sisa2 makanan yg tinggal.. begitulah juga berlaku kepada ibu2 kita.mungkin dikala kita masih anak kecil,ibu sering mengalah.ibu memastikan anak2 dapat makanan yg mencukupi n kenyang.mungkin ibu sering makan kemudian.. besarnya pengorbanan ibu...inilah kisah yg cuba ana kongsikan bersama gan rakan2 sekalian..tamat(",)



hmm..Oleh kerana,InsyaAllah kalau diizinkan Allah ana akan fly ke Mesir pada 15/16 bln 9 ni. belajar disana selama 6tahun.Oleh kerana itu, ana sering terfikir,"Ya Allah,ak berniat kepadamu.ak ke mesir untuk menambahkn ilmuku.untuk belajar ilmumu Ya Allah.kau permudahkan lah jalanku untuk menuntut ilmu-Mu ya Allah. ya Allah sepanjang tempoh belajarku selama 6tahun,janganlah jadikan ak seorang anak yg derhaka yg melupakan ibuku.. jadilah ak seorang anak yg sentiasa mengambil berat akan hal2 ibuku..InsyaAllah"  ..

Wasalam.Yg baik dari Allah dan yg buruk dr diri ana yg lemah.Sama-samalah kita tegur-menegur ke arah kebaikan.^_^

cerita tak masuk akal

by Afiqah Auni on Friday, August 20, 2010 at 5:29pm

Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.
Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi.Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.
Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.
Beberapa tahun berlalu...
Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta.Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:- Mana ibumu?- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.
- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Didalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?- Tidak!
- Di mana pula abangmu?- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.
- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?
- Tidak!- لا حول ولا قوة إلا بالله
- Kakakmu di mana?
- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu.Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.
- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama,akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?
- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya...
Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!
Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?
Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?
Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari,di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.
Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!

hmm,begitulah ceritanya.tertarik membacanya jd ana pn copy paste di blog ni.harap kita dpt pengajaran dr crita ini.. 
 ^_^salam