Friday, May 20, 2011

Result pertama kali sebagai pelajar medik

hari:Selasa
Date:17/5/11
Time:4.30pm
Tempat:CC (muwasah keesokan harinya)

Pengurusan yang sistimetik sangat penting.Lama menunggu keputusan sem1.Setelah kian lama khabar-khabar angin yang mengatakan result akan kuar semuanya hanya omong-omong kosong sahaja.Memberi harapan palsu."Ah,biarlah result tu.tunggu jela."
Dan akhirnya,menjadi realiti.Alhamdulillah keluar juga result sem1 ni.Hati yang punah dek kerana ditipu oleh harapan palsu dulu terubat akhirnya.Namun hati yang kian berdebar-debar menanti keputusan itu,mampu berdoa agar diberi keputusan yang terbaik oleh Ilahi.Tapi hari pertama result keluar tidak memberi peluang kepada saya untuk melihat keputusannya lagi kerana kelas saya habis lewat petang.Ketika ini saya hanya meletakkan keyakinan saya bahawa Allah akan memberi keputusan yang terbaik buat saya.Walau apapun yang bakal saya peroleh saya kena terima dengan redha.InshaAllah dengan keyakinan ini saya berharap saya tidak akan ada perasaan tidak puas hati dengan result saya.Saya tahu semuanya ada hikmahnya dan ia menunjukkan itulah usaha saya.

Now,the time is really near to see what i've done for 1st sem.it's all my effort is enough? well.we see it.Setiap langkah yang dimulakan dengan selawat.Basmallah.Alhamdulillah result itu sudah memadai bagi saya.Saya tidak perlu REPEAT.Thanks ALLAH. Walau ia tidaklah sehebat rakan-rakan yang lain.Namun saya dapat buat kesimpulan buat diri saya.Buat pengetahuan, result tahun ini diasingkan mengikut modul.So tak ada result akhir untuk sem1.Lain dari senior 2nd year.Tak tahulah kenapa?
Syukur saya panjatkan buat Ilahi,saya yakin dengan keputusan ini.
RESULT:
modul1:Very good, modul2:fair,modul3:good

Kesimpulan saya,Modul 1 memang saya bersemangat dan actually Alhamdulillah saya masih bersemangat sehingga ke modul3.Modul 1 ni lebih kepada pengenalan,medical ethics,medical term,math mode and more to not a study as real doctor.Just like really intro.So Alhamdulillah it need reading,memories and understanding.It actually not really used critical thinking.Just fun to study.But why i cant get EXCELLENT?bcoz i know this is still adaptation mood.im still cant arrange my time wisely.Then i remember i did not finish all my reading.

Modul2.Yang ini memang sangat tough,mostly BIOCHEMISTRY.im really cant study with my heart.Just study without feeling.i cant see it when study biochem.Susah.Saya tak tahu apa yang saya belajar.Just hafal mentah-mentah.Memang susah saya nak faham especially in lecture.Seolah-olah terkapai-kapai mencari apa yeng perlu difahami.Sentiasa tertinggal dibelakang setiap kali in lecture.When prof asked it,all my friends could answer it.But me.not at all.BUt finally,i still try to catch up it.helped by my friends,sister and prof.Alhamdulillah. and then i still remember, when exam is around the corner,Allah memang menguji saya.Saya demam.Memang tak dapat nak habiskan baca.ALhamdulilah Allah banu saya juga,biar Fair asal saya rasa puas dengan usaha saya.Thanks God.

Lastly.Modul3.It more to histology and still biochem with it.little anatomy.This modul really need reading.and this time.im really busy with BOOM.haha. Time ni saya memang ingat banyak lecture yang saya tak cover.Pergi lecture xbaca.Habis belajar not revise back.So bad.But i really like this modul-really interesting.And then saya rasa dah cuba buat yang terbaik.Im still lucky,Allah still loved me.Alhamdulillah.saya redha dengan result ini.

Overall,Actually ada je sometime saya rasa sedikit stress belajar medik ni.Yela di tahun pertama and sem1.Masih mencari-cari cara belajar terbaik buat saya.Still cuba mengadaptasi diri dengan inggeris prof,style belajar sini and all.Try to do the best.Yet i think im not enough confident.Tengok style orang belajar mesti rasa down.Rasa cara saya belajar xbetul.and many feeling yang menjatuhkan saya.Still try search something to be support me.Rasa malu belajar depan kawan.more negative feeling this sem.However inshaAllah whatever it,i'll not get throw my natural hardworking.Thanks again to Allah sebab menjadikan saya sentiasa rajin.Saya tahu saya bukan seorang yang mudah pick up and bukan mudah nak memahami sesuatau yang baru.Saya sentiasa berpegang denga ini, Allah tidak menilai nahtijahnya tetapi usaha hambanya.Well it's always motivated me to keep study..
english yg worst but im still try it.improve it.InshaAllah


Hope dapat buat yang terbaik for next sem.InshaAllah.Saya berdoa agar Allah memberi petunjuk kepada saya cara belajar yang terbaik buat saya.Cara membahagikan masa dengan baik.Always search for keberkatan ilmu+masa.
Semoga dipermudahkan segala urusan..
semoga diberi kekuatan+ketabahan..
ALLAHHU AKHBAR!!
segalanya keranaMU..

terima kasih

Kadang-kadang timbul perasaan sedih tanpa sebab yang nyata,Yang kadang-kadang kita sendiri tidak faham kenapa kita sedih.Rasa jauh dengan manusia,walaupun sentiasa hidup bersama kawan-kawan.Ada satu perasaan yang begitu dalam menguasai diri kita,yang membuat kita tercari-cari apa sebenarnya yang berlaku.Lalu dalam pencarian ini kita pergi membawa sekeping hati menuju penciptaNya,dalam penyerahan ikhlas dan sebenarnya.Inilah fasanya kita mula mengenal diri dan Tuhan.Mula mencari kemana arah tuju.Memulakan langkah seoranh mukminah yang matang,berbekalkan sekeping hati yang ingin diubati dengan tarbiah cintaNya yang abadi..


Terima kasih saya ucapkan kepada Pemberinya..
Saya sangat terkesan bila membacanya..
terima kasih kerana membantu..
Ya Allah terima kasih kerana membantu saya melaluinya.
saya sedang berusaha mencari..

"tough"nya..

YA ALLAH.. pada hari ini saya pinta kepadaMU.Leraikanlah segala kekusutan di fikiran saya.Entah mengapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi.Gelombang mujahadah itu tidak pernah tenang.Kadang-kala saya sendiri bertanya,sayakah ini?

Saya juga tak mampu menangis kerana dosa.Hati saya amat keras.Saya cuba menangis dengan berasa kesal.Tapi gagal.Mengapa saya tak  mahu menangis?Ya Allah kerasnya hati saya ini.Mohon dilembutkan.Ya Rabbi saya mohon saya diberi hati yang lain.Hati ini bagaikan sudah mati Ya Allah.

Saya kembara telah jauh ya Allah.Namun kolam hati saya kian keruh.Beban tambah berat.Diri ini kian penat.Urusan kian payah.Jiwa semakin gundah.Beri saya kekuatan ya Allah.

Hmm.SubhanaAllah.Cukuplah sekadar belajar muscle+bone for upper limb.Sudah saya rasakan hebatnya ciptaan Allah.Begitu rumit sekali.Sekadar belajar setiap bahagian for upper limb,pelbagai muscle attachment.Sukarnya nak hafal semuanya.Saya membayangkan sebagaimana sukarnya hendak mempelajarinya,lagi sukar mahu menciptanya.Namun memang Allah itu maha berkuasa.Mudah sahaja Dia menciptakan perkara yang begitu rumit itu.SubhanaAllah.Saya hampir putus asa.Sukar sangat nak menghafal pelbagai nama untuk setiap bahagian tulang,muscle and nerve.Namun bila saya memikirkan betapa Allah dah menciptakan saya dengan hebatnya,perasaan putus asa saya cuba buangkan dalam diri saya.Hebatnya Allah.Cuma katakan "kun fayakun" sahaja. Jadilah makhluk ciptaan Allah.Makin banyak saya belajar,lagi banyak keajaiban yang saya jumpa.Tiada siapa yang dapat meniru ciptaan Allah ini.

Sukarnya belajar medik.Medik oh medik.Namun kerana memikirkanMu,saya gagahkan lagi diri untuk terus tabah mempelajarinya.

Berilah saya kekuatan dan ketabahan ya Allah.Saya sentiasa berasa keseorangan.Namun saya sedar dan akui saya bukan keseorangan,Kau sentiasa bersama saya.Bantulah saya mencariMU.Biarkanlah apa jua yang saya lakukan hanya keranaMu.Permudahkanlah segala urusan saya Ya Allah.

rezeki beza semut dan manusia.. hebatnya!!

SEMUT
=====

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu
peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di
atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini
hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.



Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut
pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan
ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada
rezeki untuk ku".



Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa
banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana
engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".



Nabi
Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum
sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi
Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan
dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh
dalam bekas dan tutup bekas itu.



Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila
cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak
semut: "Kamu
rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji
gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".



Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku
ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti
sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki
itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak
pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas
yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya
kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua
bulan. Aku takut kamu lupa".



Itulah Iman Semut!!


MANUSIA
=======

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati.

Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.

Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu.



Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya
apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan
Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk
korek balik.



Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir.

Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100
kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan
bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam
yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap
kiblat.



Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah.

98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".



Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.

Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.


Kata Saidina Ali
kepada Kamil: "ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU
DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA
BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA
DIBELANJAKAN".



Soalan: Bagaimana IMAN kita?

Monday, May 2, 2011

Di mana DIA di hatiku?

Bismillah

Saya mem'promote' buku Di mana DIA di hatiku? hasil karangan Pahrol Mohd Juoi. Buku ini sangat berkait dengan hati.Pentingnya jaga hati kita.Sesungguhnya hati adalah raja dalam badan kita.Rosak hati kita rosaklah segala-galanya.Saya rasa buku ini banyak membantu untuk membaiki hati kita.

ALLAH itu amat hampir
Tapi,kenapa kau masih meminggir?
Akalku alpa berfikir,hatiku lupa berzikir..

Memberi akan lebih gembira daripada menerima dengan syarat kita memberi dengan kasih sayang.Tanpa kasih sayang,kita tidak akan gembira dengan memberi.Justeru awas,sekiranya kita memberi tetapi tidak gembira lagi bererti kasih sayang dalam diri telah terjejas.

mujahidah itu pahit kerana syurga itu manis.

Tersedar aku daripada kegelapan
terlerai belenggu yang mengikat 
tersingkap segala hijab yang gelap
lalu kulihat alam dari mata hatiku
jalan yang jitu bukan palsu

Oh inilah cahaya dalam diri
yang selama ini ku cari-cari
aku bangkit kembali
aku mula mengenali diri
lalu terpancar keindahan ILAHI

Dalam kelam,suram masih ada hidayah
TUHAN tidak melihat pada aksi dan seri wajah
tapi selagi mempunyai hati yang masih sudih merintih
oleh dosa,oleh alpa

Kiranya masih terpilih tidak tersisih
menjadi seorang hamba yang soleh lalu aku bangun
menuju jalan itu,jalan satu diribuan liku

Aku ada teman
aku ada TUHAN
disitu jalan cahaya
aku bangkit daripada gelita
melangkah satu demi satu dengan waja!

Kita boleh senyum ketawa dan mesra ketika bersama manusia,namun jauh di sudut hati,biar tetap sedih dan merintih karana mengenangkan dosa lampau,dosa kini dan dosa akan datang.Yang paling penting dalam hidup ini ialah mempunyai hati yang qanaah-hati yang berpada-pada dengan apa yang ada.Sedikit,mencukupi.Banyak,boleh diagih-agihkan.Kita perlu sentiasa menjaga keinginan agar tidak melewati batas-batas keperluan.

Saya rasa penting sangat menjaga hati.Kekadang memang kita mampu tersenyum,namun hati tetap bermuram.Bila hati ada rasa kekurangan,mulalah saya rasa 'something wrong'.Saya rasa perasaan ini tidak dapat saya ungkapkan.Namun jelasnya, kepada ALLAH kita berserah.Kita cuba cari ALLAH agar DIA membantu kita untuk mencari semula hati kita. Mungkin ini petanda supaya kita perlu lebih dekat denganNYA.