Saturday, April 30, 2011

Tertarik dengan ini

TUHAN
dalam letih aku merintih
kelemahan dan kelalaianku
alpa dan dosaku
aku lemah dan tak berdaya
TUHAN
dalam suka dan duka
tangis dan tawa
melimpah rahmat dan nikmatMu
dalam sibuk dunia yang gawat
KAU lupa kuingat
TUHAN
 ampunilah hatiku yang pilu
tak endah bila menadah
akan kebesaranMu
ingatkan daku
agar mengingatMu
TUHAN
bicaraMu tanpa suara
belaianMu hanya rasa
KAU terlalu dekat
tanpa suara
namun cintaMu ketara jua
(dipetik dari buku "Dimana DIA di hatiku?")
Alhamdulillah.Saya diberi peluang lagi hidup di muka bumi ini dan masih diberi nikmat untuk terus menulis di blog ini."Sampaikanlah walau satu perkataan."

Hari Khamis lepas,saya masih diberi kesempatan masa lapang untuk menghadiri kelas tafakkur yang diadakan di aras tiga asrama MARA,Iskandariah,Mesir. Kelas Tafakkur ini disampaikan oleh Ustaz Aqli. 
Untuk minggu itu,Ustaz Aqli cerita mengenai buku Riyadul Solihin.

Saya amat tertarik dengan elaboration hadis dibawah tajuk Pintu bersabar.Hadis yang ke-35.Buku ini dalam bahasa arab.Jadi ustaz Aqli terangkanlah cerita disebalik hadis ini.Saya harap sesiapa yang membaca entry ini dapat betulkan saya kalau ada yang saya kongsi tersalah info.

Hadis ini mengenai seorang wanita yang berkulit hitam dan dikatakan bersifat ahli syurga.Wanita ini pernah datang berjumpa dengan Rasulullah.Kata wanita tersebut kepada Rasulullah, "Saya mempunyai penyakit epilepsy(sawan).Bila masa penyakit sawan saya datang,aurat saya selau terdedah.Maka berdoalah kepada Allah untuk saya agar menyembuhkan penyakit ini. Maka Rasulullah pun menjawab, "Sesungguhnya bersabarlah,maka kesabaran kamu membawa kamu ke syurga.Tetapi jika engkau mahu saya mendoakan agar penyakit engkau sembuh,maka engkau tidak akan mendapat syurga." Oleh itu wanita tersebut memilih untuk bersabar. Namun wanita tersebut berkata, "Ya Rasulullah,doalah untuk saya agar aurat saya tidak terdedah sepanjang kesabaran saya menghadapi penyakit saya."

Hebatnya. Saya tertarik sangat dengan hadis ini.Hebatnya Rasulullah menjawab pertanyaan wanita tersebut.Kalau saya fikirkan balik,bila sahabat-sahabat saya  mengkhabarkan bahawa mereka tidak sihat,saya rasa saya akan menjawab, "semoga Allah sembuhkan kamu" Tetapi hebatnya Rasulullah,baginda memberitahu supaya kita bersabar kerana kesabaran itu membawa kita ke syurga.SubhanaAllah.. musibah+bersabar = syurga. Benarlah kunci segala kejayaan adalah bersabar. Alhamdulillah, saya rasa besarnya ilmu yang saya dapat dengan hanya dengan menghadiri majlis ilmu yang mengisi waktu antara maghrib dan isyak.Alhamdulillah. :)

Satu lagi perkara yang perlu kita ingat dan waspada. "ALLAH yang memberi kita keberkatan dan kepada ALLAH sahaja tempat kita berdoa" Tetapi apa yang orang selalu tersalah bicara adalah apabila seorang sahabat ini berkata kepada seorang ulama atau orang-orang yang kuat agamanya"bagilah saya sihat,bagi saya menang esok ye." Ia seolah-olah kita berharap kepada mereka.Sedangkan kita sepatutnya berserah kepada Allah.Kita sepatutnya mengatakan,"Awak doakan saya sihat atau awak doa kepada Allah agar saya dimudahkan segala urusan."

InshaAllah.Sekadar ini sahaja perkongsian saya.

 

Monday, April 25, 2011

Saya hambaNya yang lemah

Dimana kau temui hati emas itu jika tidak ditempa dan disesah dengan MUJAHADAH?? Umpama intan yang dipanaskan oleh haba dengan kepanasan berganda atau emas yang disepuh oleh api yang menyala-nyala,begitulah hati emas,ia ditempa oleh peritnya mujahadah.

Bagaimanakah Islam itu? Indah sangat kata saya.Apa yang indah? Saya menjawab,sungguh sempurna.Meliputi seluruh aspek.Hebat sangat Islam itu sehingga ilmu-ilmu medik yang saya pelajari selalu dikaitkan dengan al-Quran.Sempuranya islam itu.

Namun sekarang,Islam digelar TERRORIST!! saya berfikir.Mengapa?? hati saya marah.membentak! marah jiwa saya. Saya cakap tidak.ISLAM penyayang. Siapa sahaja yang mampu mendengar? saya menangis.HAti saya turut menangis.Ilmu saya tidak cukup untuk mengukuhkan ungkapan saya.Tiada siapa mahu mendengar saya.Saya tidak tahu sejarah Islam sebagaimana saudara seislam saya yang hebat dalam ilmunya.Saya tidak tahu kaitkan ungkapan atau bukti saya dengan menggunakan al-Quran atau hadis.Saya lemah.Saya tidak hafal.Tapi saya sedang berusaha.Saya sedang memerhati dan melihat para mujahid dan mujahidah yang hebat berjuang dan berdakhwah.Kagum saya dengan mereka.Saya nak jadi macam mereka.Tapi sekarang saya masih tidak layak.Betul ke saya Islam? Ya saya Islam.

Baiklah!! jadi sekarang saya mesti berusaha mencari Islam sebagaimana saudara mukhalaf saya mencari Islam.Saya beruntung. kenapa? saya dilahirkan sebagai Islam.Ah Meng dilahirkan dalam agama Budha.Tapi kini namanya Abdullah.Hebat sungguh ilmu yang dia ada tentang Islam.Malunya saya.Rugi saya.Dia yang baru memeluk islam pun sudah mempunyai banyak ilmu tentang Islam.

Sekarang saya diberi nikmat oleh Allah untuk belajar di Mesir.Jadi apa kata saya? Jangan rugikan peluang ini.Sekarang pergi cari ilmu agama di Mesir.Jangan lepaskan peluang.Tengok macam mana saya di Malaysia? kosongnya hati saya. Saya bertekad nak join sistem support. Apa itu? sya terdengar, sebagai seorang Islam,saya perlu ada usrah sepanjang hidup saya.betul ke? bagus ke? Saya rasa sangat efektif.Saya merasa habanya sahaja.Saya masih belum cuba untuk menyalakan apinya.Saya hanya join program-program umum sahaja..Saya hanya mendengar dan hadir ke program agama dan kelas-kelas agama.

Tetapi hati saya  masih menagih sesuatu.Apa itu? saya sedih.saya masih mencari.Tak cukup rupanya sekadar aktiviti umum.Ya Allah beri saya petunjuk. "Isma,Ikram,Haluan???...." apa itu?? Tapi... Awak jangan masuk persatuan-persatuan ini.kenapa?? saya pelik..Bergaduh-gaduh? saya tak faham? Saya tanya kawan saya.Pendapat kawan tentang persatuan itu.Dia cerita kepada saya.Saya tanya boleh ke saya masuk? tetapi dia tidak reply.. kenapa?? mana kawan saya?? hilang?? saya tak faham.

Apa saya perlu buat? Saya lemah.Ya Allah, apa yang bermain dalam hati saya ya Allah?? Hati saya ada viruses.Rasa lemah sangat.Siapa yang mampu bantu saya.?? saya tengok sekeliling.Tiada sesiapa.mana semua orang? sekali lagi saya bersendirian bersama hati saya yang semakin berparut kerana tidak dapat diubati.Astagfirullahalazim. Rupanya saya terlupa sesuatu.Saya masih ada seseorang.Maafkanlah diriku ini ya Allah.Bantulah saya ya Allah.Saya mencari jalan menujuMu ya Allah.Saya sedih.Saya tida sesiapa.Temani saya ya Allah.Beri petunjuk kepada saya.

Alhamdulilah saya dapat jawapan.syukur lillah.Kata saya.Aeishah,apa tujuan hidup di muka bumi ini? mencari keredhaanNya.Bagaimana? Bantu agama Allah. Jadi apa yang saya nampak? saya perlu masuk mana-mana persatuan. Bagaimana saya nak tahu? Istikharah... Semua persatuan bertujuan membantu agama Allah.Persatuan itu penting kerana ia hidup berjemaah.Bagaimana nak bantu agama Allah seorang diri?? Oleh itu saya perlu hidup berjemaah. Bagaimana? masuk salah satu persatuan.Semua sama.Nama sahaja yang lain.Semua ada persamaan Allah,Rasul,Quran dan Sunnah. saya akan pilih satu.InshaAllah. saya tak nak menyesal.Saya nak ubat hati saya.Saya tak nak biar ia kekal berparut.Saya nak hati saya cantik.Saya nak hati baru.Saya sandarkan kepadaMu ya Allah.Permudahkanlah urusanku.Matikanlah aku dalam keadaan beribadah kepadaMu.

Segalanya memang benar

Bismillah

WAHAI DIRIKU TIDAK ADA JALAN DAN IKHTIAR
LAGI KECUALI KEMBALI KEPADA ALLAH
.PERKUKUH SOLAT 5
WAKTU DENGAN SEGALA RAWATIBNYA.LUANGKAN DAN LAPANGKAN MASA UNTUK MEMBACA
AL-QURAN DAN BERSELAWAT.KURANGKAN MAKAN DAN KURANGKAN PERKATAAN.BERCAKAP HANYA
YANG BAIK ATAU DIAM.UZLAHKAN DIRI JIKA TERASA MATA DAN TELINGA TERLALU LIAR
UNTUK DIKAWAL.TERSENYUMLAH DENGAN PENGHINAAN.REDHALAH DENGAN KESEPIAN.JANGAN
TAKUT KEPADA KELICIKAN TIPU DAYA DAN DISKIMINASI MANUSIA.SEGALA ITU TIDAK
MERUGIKAN KITA.


Rasanya segalanya memang benar
diungkapkan.Manusia ini bila diuji sedikit,baru teringatkan kepada
penciptaNya.Bila diberi nikmat semula,kembali alpa.Namun segalanya akhirnya
kembali kepada pencipta kita,Allah.Sesungguhnya kepada Dialah tempat
pergantunganku.YA Allah, jadilah saya seorang hamba yang sentiasa berdoa
kepadaMu sebagaimana orang yang berada dalam kesempitan.


Saya tiada sesiapa melainkanMu YA Allah.Tempat bergantungku hanya satu sahaja,kepadaMu Ya Allah.Kuatkanlah keimananku.BAntulah
diriku ini.Alhamdulillah atas segala yang menimpa diriku.Saya bersyukur ya
Allah.Apa yang berlaku benar-benar membuka mataku bahawa saya memang tiada
sesiapa tempat bergantung melainkanMu
.Walau sebaik
manapun ibuku.rakan-rakanku dan ukhuwah-ukhuwahku,namun semuanya tidak dapat
membantuku sebagaimana Dikau membantuku ya Allah.Hanya kepada saya
berserah.


Bantulah saya mencari ilmuMu dan
kasih-sayangMu YA Allah.Bantulah saya menyucikan diri saya.Hati saya ada masalah
ya Allah.Permudahkanlah saya ya Allah.Kuatkanlah diri saya ya Allah.Hati saya
sedih mencari cintaMu.Saya terkapai-kapai mencariMu ya Allah.Bantulah saya ya
Allah.

Friday, April 8, 2011

Pagi Jumaat

Barang siapa yang bersungguh-sungguh di jalan kami, pastikan kami akan tunjukkan jalan-jalan kami.

pesan Imam Ghazali:
Carilah hatimu di tiga tempat.Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-quran.Tetapi jika kau tidak ketemui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jka tidak kau ketemui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.Jika kau tidak ketemui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.

Bismilah..
Penghulu segala hari,Jumaat.Alhamdulillah, di pagi yang mulia ini terasa nyaman dan tenang diri ini. Dan memang ini yang sering saya rasakan setiap kali hari Jumaat.Betapa mulianya hari Jumaat ini. Ketenangan Jumaat sentiasa saya nantikan.Marilah kita mulakan pagi Jumaat kita berbeza dengan pagi di hari-hari yang lain.Ayuh!! :)

Solat Subuh di pagi Jumaat dengan bacaan surah as-Sajadah.Moga kita sentiasa dekat dengan Allah.Dan ketahuilah bahawa hamba yang paling dekat dengan Allah pabila ketika mereka bersujud pada Allah.Sujud Sajadah di pagi Jumaat.Alhamdulillah. Di susuli dengan bacaan al-Mathurat.Kemudian sedikit halwa telinga,kuliah subuh.Dan yang perlu kita amalkan bacaan surah al-Kahfi.InshAllah mudah-mudahan kita dijauhkan dari segala fitnah dajjal dan diberkati masa-masa kita.Memperbanyakkan amalan kebaikan kita.Sama-sama kita beringat.

Moga-moga saya dan kawan-kawan dapat manfaatkan masa dengan baik.InshaAllah :)


Friday, April 1, 2011

Kedudukan yang lebih mulia

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud ia berkata, " Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w, apakah amalan yang dicintai Allah? Beliau menjawab : Solat tepat pada waktunya." Lalu aku bertanya lagi : " kemudian apa lagi ? " Beliau menjawab "Berbakti kepada kedua orang tua. " Lalu aku bertanya lagi : "kemudian apa lagi? " Beliau menjawab : " Jihad di jalan Allah ."  (Mutaffaq alaihi)

Sesungguhnya Rasulullah sebagai pendidik agung, benar-benar telah menjadikan berbakti kepada kedua orang tua berada di antara dua amal yang paling besar dalam islam,iaitu solat tepat pada waktunya dan jihad di jalan Allah.Solat adalah tiang agama,sedangkan jihad adalah puncak tertinggi dari ajaran Islam.Lalu adakah kedudukan yang lebih mulia dari berbakti kepada kedua orang tua yang telah dijelaskan oleh Rasulullah ini?

Pernah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w dan membai'at beliau untuk hijrah dan jihad dengan mengharapkan pahala dari sisi Allah.Rasulullah tidak segera menerima bai'atnya seraya bertanya kepadanya, "Apakah salah seorang dari orang tuamu masih hidup? " lelaki tadi menjawab: "ya, bahkan kedua-dua masih hidup." beliau bersabda: "Apakah engkau ingin mencari pahala dari sisi Allah? " Lelaki tadi  menjawab: "Ya benar." Kemudian Rasulullah yang penuh kasih sayang bersabda :" Kembalilah kepada kedua orang tuamu dan pergaulilah keduanya dengan baik."

Dalam Riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa pernah datang seorang lelaki kepada Rasulullah meminta izin untuk berjihad.Beliau bertanya: "Apakah kedua orang tuamu masih hidup? " Ia menjawab : "Ya benar." Beliau bersabda: " Pada kedua orang tuamu berjihadlah."

"Keperibadian Wanita Muslimah" buku inilah yang membicarakan perkara di atas.Hebatnya kedudukan ibu bapa.Alhamdulillah.Saya menulis semula.Cuma apa yang bezanya adalah tempat menulis saya yang berubah.Kalau dulu suasana menaip saya di Malaysia.Kali ni, Allah masih membuka peluang kepada saya untuk meneruskan pembelajaran saya di Mesir.Alhamdulillah saya masih berpeluang menjejakkan kaki saya di Mesir selepas satu revolusi yang terbesar di Mesir.Akhirnya kemenangan di tangan mereka yang benar.

Memandangkan hampir sebulan di Malaysia,jadi pabila sampai sahaja di Alexandria segalanya berubah.Negaranya serba sedikit berubah ke arah "negara bersih".Walaupun pada awalnya saya agak kecewa sedikit.Tapi bila difikirkan,perubahan sedikit demi sedikit.perubahan yang ekstrem sangat pun tak bagus.Bukanlah semua kawasan di Alex menjadi bersih,tetapi adalah sedikit kawasannya yang bersih dari dahulu.Mereka bertambah semangat.Mana-mana saya berjalan,banyak lukisan dan lakaran di dinding-dinding jalan,di tempat menunggu bas dan lain-lain di warnakan dengan warna bendera Mesir.Bermacam-macam lakaran yang ada termasuklah " i luv Egypt".Hebatnya mereka :)

Mostly tujuan di wujudkan entry terbaru ni adalah berbalik kepada tajuk saya " kedudukan yang lebih mulia".Siapakah golongan itu?  ibu bapa kitalah. Saya rasa tajuk ini dah sangat biasa di bualkan.Dan pada pandangan saya,tajuk yang biasa dibualkanlah adalah antara sesuatu yang sangat penting.Sesuatu yang penting itulah yang sering kita lupa.Siapalah ibu bapa itu dalam diri setiap individu itu amat berbeza.Semuanya bergantung pada cara ibu bapa mendidik anaknya.Dari situlah anak-anak membuat interpretasi tentang ibu bapa mereka.

Tidak kisahlah bagaimana seseorang anak itu menginterpretasi ibu bapa mereka.Tapi apa yang penting buat setiap anak itu adalah berbakti kepada kedua ibu bapanya.Sama ada ibu bapanya masih hidup atau yang telah meninggalkan dunia ini.Saya sangat tertarik dengan kasih sayang Rasulullah setelah rakan saya,Zakiah menceritakan kepada saya kisah ini.Rasanya terkena balik dekat saya.Terjawab jawapan saya.Hebat juga kasih Allah pada hambanya.


Entry ni khas untuk ibu.Ibu dah berubah fikiran.Akhirnya ibu meminta saya untuk pulang summer break ni.Memang agar sukar buat saya mengubah tekad saya untuk stay di Mesir kepada pulang ke Malaysia summer ni.Memang saya bertekad sangat untuk berpuasa di mesir.Teringin sangat merasa puasa di bumi mesir ni.Teringin menghabiskan masa mencari ilmu-ilmu agama cuti summer ni.Tapi setelah lama saya memikirkan perkara ni,akhirnya Allah memberikan saya jawapannya.Memang niat mahu merasa suasana ramadhan di Mesir,tapi apakah yang melebihi tingginya kedudukan seorang ibu.

Alhamdulillah,saya terbuka hati akhirnya untuk balik Malaysia summer ni.Semoga Allah memberikan yang terbaik.Berbakti kepada kedua ibu bapa lagi tinggi darjatnya dari berjihad mencari ilmu.InsyaAllah saya berdoa agar Allah memudahkan saya untuk mencari ilmunya agar saya dapat lebih mengenali pencipta saya..