Friday, February 11, 2011

Semuanya bermula di bumi Mesir

بسمله الرحمن الرحيم
Semenjak awal permulaan langkah kakiku di bumi mesir ini bertapak, pelbagai perasaan yang sering terungkap dihatiku tatkala melihat bandar-bandar di mesir dan melihat kehidupan rakyat-rakyat mesir.Ak sering tertanya dalam diriku sesuatu yg aku sendiri tidak faham akan makna kehidupan mereka.Kehidupan mereka,cara mereka dan gaya kehidupan mereka begitu berbeza jika hendak dibandingkan dengan Malaysia.Sangat berbeza.Apa yang aku perhatikan sejak mulanya aku memulakan langkahku untuk menikmati pemandangan di Iskandariah ini, aku terasa seperti hendak menitiskan air mataku.Hal ini adalah kerana, kemana sahaja ak berjalan, aku dapat menyaksikan betapa ramainya rakyat-rakyat Mesir yang kemiskinan.Kemiskinan mereka amat berbeza jika dibandingkan dengan Malaysia.Jika di Malaysia aku tidak dapat rasakan kesebakan dihati ini tatkala melihat pengemis-pengemis di jalanan kerana mereka seperti hamba Allah yang tidak ada usaha sendiri untuk mencari rezeki, sedangkan banyak sahaja pekerjaan lain yang dapat dilakukan.Aku tidak menafikan semua rezeki tidak sama bagi setiap hamba-hamba Allah.Setiap rezeki yang kita perolehi harus dikongsi kepada mereka yang memerlukan,Namun kita seharusnya berusaha dahulu bukan meminta-minta.Berbeza sangat di Mesir, tatkala aku melihat pengemis-pengemis jalanan sepanjang perjalananku,terasa sebak dihati ini.Bukanlah aku ini seorang yang memilih kasih,namun apabila tengok keadaan kehidupan di Mesir ini aku faham mengapa mereka meminta sedekah kerana bukan itu yang mereka hendakkan.Namun dek kerana peluang pekerjaan yang terhad dan kehidupan mereka yang ditindas dek pemerintahan yang amat zalim,membuatkan mereka akur dan berusaha mencari rezeki dengan hanya menjual tisu.Ada juga yang aku tengok menjadikan stesen-stesen tram sebagai tempat perlindungan mereka.Itulah rumah mereka.Jika kita sering merungut-rungut tidak sukakan akan sesuatu rumah, cubalah kita fikirkan ramai lagi manusia yang diluar sana tidak mempunyai rumah dan mereka hanya mempunyai sehelai selimut sebagai perlindungan mereka bagi menghangat badan dikala musim winter ini.Terlalu ramai yang aku jumpa berkeadaan sedemikian.Jika di Mesir ak rasa terseksa jiwaku tatkala berjalan-jalan sekitar iskandariah.Tidak sanggup aku melihat penderitaan mereka.Namun aku tidak mampu berbuat apa-apa.Hanya doa yang mampu aku hulurkan buat mereka yang telah terseksa kehidupannya selama hampir 30 tahun.Tanggal 25/2/11 iaitu Hari Polis, kebangkitan rakyat-rakyat Mesir mula menyerlah.Mereka mula mendapat kekuatan untuk melakukan rusuhan menentang pemerintahan mereka yang telah lama menindas mereka.Pada mulanya,aku ingat ianya hanya berakhir untuk hari itu sahaja.Namun rupanya, rusuhan ini mula mendapat kekuatan.Mereka meneruskan sehingga puncaknya pada tanggal 28/2/11 iaitu selepas selesainya solat Jumaat.Rusuhan ini berlaku antara pihak polis dan rakyat sendiri.



Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. Aku bersyukur sangat kerana aku di beri peluang oleh Allah untuk menyaksikan peristiwa rusuhan ini di depan mataku sendiri.Tidak pernah ak impikan perkara ini.Namun pengalaman ini mengingatkan aku bagaimana perjuangan rakyat-rakyat Palestin yang jua ditindas itu.Peristiwa ini benar-benar membuka mataku betapa hebatnya perjuangan seorang hamba yang ditindas untuk menegakkan kebenaran.Jika dahulu kala aku bukanlah seorang yang mengenal apa itu erti perjuangan Islam dan apa itu pelbagai istilah seperti mujahid dan mujahidah serta apa itu syahid.Kini, aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana  membuka mataku dan menyedarkan diriku yang sering alpa ini.Betapa pengalaman seperti ini amat mengajarku dan menyentuh hatiku.Aku juga merasai betapa pedihnya mataku terkena asap pemedih mata yang dilepaskan oleh anggota-anggota polis.Walau aku yang hanya memerhati dari bumbung rumah masih terasa sedikit kesannya pemedih mata, apatah lagi para mujahid di bawah sana.Kepedihan mata mereka terkena asap pemedih mata mesti lebih berkesan.Hebatnya perjuangan mereka.


Oleh kerana perjuangan mereka makin berlarutan dan semakin membahayakan nyawa pelbagai pihak.Kerajaan Malaysia telah mengarahkan semua pelajar-pelajar Malaysia untuk pulang ke Malaysia.Namun begitu pelbagai halangan yang diharungi dek kerana keadaan Mesir yang semakin darurat.Pihak kerajaan bermesyuarat dan akhirnya mengambil keputusan untuk membawa semua pelajar Malaysia ke Jeddah dahulu bagi memastikan keselamatan semua pelajar terjamin apabila semua pelajar berjaya dibawa keluar dari bumi Mesir termasuklah Cairo,alexandria,Mansoura,Tantour dan zaqazig.Semua pelajar Alexandria yang duduk di rumah sewa dikumpulkan di tiga lokasi, Bangunan asrama MARA,Bangunan di Shatby dan Bangunan di Campsisar.Alhamdulillah semua pergerakan yang dirancangkan berjaya dengan bantuan semua AJK Adhoc evakuasi ini.Semuanya yang berlaku tersirat seribu makna.Semuanya telah dirancang rapi oleh Allah.Aku yakin semuanya ada hikmah.Alhamdulillah sekali lagi, aku merasai pengalaman baru iaitu aku berpeluang menaili kapal terbang Charlie-TUDM. Pengalaman ini juga sesuatu yang amat bermakna.Muatan Kapal ini seramai 200 orang.Kami hanya duduk bersila beramai-ramai selama lebih kurang hampir 3jam setengah.Alhamdulilah kami selamat sampai ke Jeddah.Kayanya bumi Jeddah.





Setibanya Aku dibumi Jeddah ni,terasa perbezaan yang amat ketara dengan bumi Mesir.Maju dan kayanya Jeddah.Hampir kulihat semua kereta penduduk-penduduk Jeddah berjenama dan besar-besar.Malahan teksi-teksi pun menggunakan kereta yang berjenama antaranya Toyota.Tidak kulihat suasana seperti di Mesir.Kuhirup udara malam Jeddah dengan rasa kesayuan mengenangkan rakyat-rakyat Mesir tatkala aku melihat suasana malam di jalan raya Jeddah.Penuh dengan kemajuan.Rinduku kepada negara Mesir semakin membuak-buak.Tidak dapat kunafikan.Hari-hariku di Jeddah hanya menunggu nombor tokenku disebut sahaja untuk pulang ke Malaysia.Setiap hari aku bangun, ada sahaja bas baru sampai membawa pelajar-pelajar dari bumi Mesir dan hari-hari juga aku melihat bas membawa keluar pelajar-pelajar dari Kompleks Tabung Haji Jeddah untuk dibawa ke airport Jeddah untuk pulang ke Malaysia.Hari-hariku di Jeddah hanya makan,tidur dan berjalan sekitar kompleks sahaja.Tak banyak yang dapat dibuat kerana semua pelajar tidak dibenarkan keluar dari kompleks.Suasana memang macam kem pelarian.Aku merasakan seperti beribu-ribu manusia disini.Suasana ni memang tak dapat dilupakan.Oleh kerana ramai sangat manusia, ada yang hanya dapat menginap dalam dewan yang bersaiz seperti sebuah gudang.Walaubagaimanapun, hari-hariku masih diisi dengan tarbiah.Kuliah subuh tetap ada mengisi kerohanianku.Hari-hariku di Jeddah selama empat hari sebelum aku berangkat ke Malaysia,mengajar aku perasaan bersyukur atas segala nikmat yang diperoleh.Banyak perkara yang aku ingin kongsikan, namun apakah dayaku untuk menaip semuanya.Namun setibanya aku di Malaysia, perasaan bersyukur kerana selamat sampai di Tanah air memang wujud di hati ku.Namun masih ada sesutau perasaan yang masih aku tidak dapat buang sehingga sekarang.Diriku ini mula jatuh cinta dengan tarbiah kehidupan di Mesir.Aku sangat merindui untuk terus menjadi seorang pelajar di bumi Mesir agak aku dapat terus mempelajari pelbagai ilmu-ilmu yang hanya aku peroleh dengan suana kehidupan di Mesir.Aku tak tahu apa yang perlu aku isikan denagn masa cutiku sekarang.Semoga negara Mesir akan terus aman seperti sedia kala, namun dengan pembaharuan tampuk pemerintahan berasaskan Islam.Semoga kemenangan di pihak yang benar.Hancurlah kau musuh-musuh IslamYa Allah Bantulah umat islam.Aku yakin dengan janjiMU.InsyaAllah kejayaan sentiasa berpihak kepada orang-orang yang beriman dan bertaqwa.






No comments:

Post a Comment