Friday, February 25, 2011

Bagaimana sayang dan rindu sesuatu ukhuwah keranaNya??

Bismillah....
From me:
Siti Aeishahkn kita slalu ckp kata kawan kita, "rindu kamu kerana Allah" "sayang kamu kerana Allah" tapi sebnarnya macam mana rasanya bila kita sebut kerana Allah?? xfhm. saya main sebut je slalu.tp xfhm mksudnya.. boleh xplainkn??
ukhuwah2 saya:
Ayesha Kays bila kt syg dia..kt nye syg pd allah bertambah..bila kt rindu dia..rindu kt pd allah bertambah..lg kuat syg dia pd allah..lg kt syg dia...wallahua'lam bissowab
Nabilah Yunus klau dlm konteks shbt, kwn...skop lg luas
kte syg die,kte rndu die...kirenye kte mau same2 masuk syurga...xmau die msuk neraka...
klau syg,kte patut tarik tgn die bila hnyut...saling mngingatkn...
wallahu a'lam..
Syamil Rosman kadang2 x semua perkara perlu dizahirkan...
walaupun hanya dg se'invisible' doa kita kpdnya maka Allah melahirkan satu perasaan benar2 kita rasa memang kerana Allah..
aku juga cinta kamu fillah wa lillah, sis. can not wait to see u :D
Hanim Farah subhanallah comel nyeeeeeee
Sitihajar Bakrihashim kalau segan pkai surat heeee
Athirah Syafiqah hajar shooo shweeet ♥
"Tidak beriman seseorang itu jika dia tidak mengasihi sahabatnya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"

Alhamdulillah kembali lagi saya dalam entry terbaru ni pula.Oleh kerana persoalan ni selalu bermain di ruang legar kotak fikiran saya,jadi saya pun memilih untuk mengeSHARE soalan ini bersama rakan-rakan di fb.Alhamdulillah terjawab juga soalan saya.Terima kasih sangat saya ucapkan kepada rakan-rakan yang masih sanggup berkongsi jawapan ini dengan saya.Semoga Allah sahaja yang membalas jasa rakan-rakan.

Sering saya luahkan kata-kata ini,"sayang sekian lillah :) ", "rindu la sekian lillah" "uhibukifillah"....Namun apa yang jelas,saya hanya menggunakan kata-kata ini kerana mengikut perederan sekeliling saya.Hakikatnya saya masih tertanya-tanya apakah maksud disebalik kata-kata saya ini.Saya memikirkan sejenak.."aku sayang kau kerana Allah?? Bagaimana aku nak kaitkan dengan semua ini??" saya masih tidak dapat memikirkan jawapan ini bersendirian.Hal ini menambahkan lagi curiosity saya.

Had curiosity yang semakin meninggi,memberikan saya keputusan untuk berkongsi soalan ini bersama rakan-rakan saya.Namun ada yang menyalah anggap soalan saya.Mungkin soalan saya yang tidak berapa tersusun ayatnya atau terlalu ringkas pada awalnya membuatkan mereka tersalah menafsir soalan saya.Pada awalnya saya meletakkan soalan saya seperti ini:

Siti Aeishahbagaimana ye nak menzahirkan rasanya bila menyebut "saya sayang awak kerana lillah kawan"

Jadi,result yang saya dapat memberi kejutan kepada saya.Ada yang menulis "kalau malu bersurat pun boleh" hee~ saya tersenyum sendiri.Melihat komen2 yang lari dari jawapan yang saya kehendaki,jadi saya pun terus menukar bentuk soalan saya. :)

Akhirnya,saya dapat memahami sedikit konsep ini.Alhamdulillah.Saya harap saya dapat lebih memahami kata-kata ini agar pabila saya meluahkan kata-kata ini pada sahabat-sahabat saya,maksudnya lebih saya fahami dan kasih sayang yang lahir dalam diri saya kepada setiap sahabat2 saya kekal selama-lamanya sehingga ke syurga.InshaAllah.Bukan sekadar omong kosong bak kata orang :P

InshaAllah..
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment