Thursday, February 24, 2011

Aku sentiasa mencari perubahan

nik_10 says: hm,btul tu.siapa yg tidak kenal dirinya,maka dia xakan kenal penciptanya.sbb pada diri kita ada byk sgt tanda tak terhitung oleh akal fikiran kita mengenai kekuasaan pencipta kita kan.tp x ape,masing2 pon still cuba yg terbaik utk kenali diri dan pencipta.time is ours,until the day of death.so we must use it wisely until we find the answer.Allah musta’an sis :-)
 "Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam.Dan dia mengetahui segala isi hati." (57:6)

Bismillah..
Semakin hari saya rasa semakin gembira apabila dapat menulis.Semakin hari minat untuk menulis semakin lahir dalam hati saya.Alhamdulillah.Bukan mengharap untuk orang baca tapi saya dapat rasa satu kepuasan selepas menulis.Rasa lega dalam hati ini dapat mengeluarkan segala isi hati saya.Rasa lega dapat berbicara sendiri dalam hati ini.Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.Inilah ruang untuk diri saya bersendirian  seketika.

Saya mengimbas masa silam saya.Zaman ketika alam persekolahan."Bagaimana aku sentiasa mencari diriku ini sehinggalah sekarang?" Saya merasa sedikit demi sedikit perubahan.Bagaimana zaman-zaman muda saya? Saya tidak dapat ingat zaman persekolahan saya semasa di tadika mahupun semasa di sekolah rendah.Saya cuba mengingatkan semula diri saya.Namun tetap tidak berhasil.Saya xdapat mngecam dan mengenal diri saya semasa zaman rendah persekolahan.Apa yang saya ingat saya berjalan kaki untuk ke sekolah.Saya ingat kawan-kawan saya.Tetapi saya betul-betul tidak ingat aktiviti-aktiviti zaman rendah persekolahan saya.Sekolah yang telah banyak mendidik saya, Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan,Kajang dan Sekolah Kebangsaan Seksyen 18,Shah Alam.

Seterusnya saya cuba mengimbas peringkat menengah zaman persekolahan saya.Alhamdulillah saya masih ingat lagi.Sekolah yang pertama saya menjejakkan kaki bagi tahun pertama melangkah ke peringkat yang baru iaitu alam remaja iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18,Shah Alam.Banyak betul pengalaman saya semasa di sekolah ini.Sekolah ni lebih kurang sekolah projek khas untuk para pelajar yang memperoleh keputusan yang baik dalam UPSR,tetapi tidak kemana-mana sekolah SBP/MRSM/SAM....Sekolah ni menyediakan program KAA-Kelas Aliran Agama.Jadi saya melangkahkan kaki pertama saya dalam program ini .Saya juga duduk asrama buat pertama kalinya.Dipendekkan cerita,dek kerana umur yang masih muda, nilah zaman yang banyak dipengaruh oleh kawan sebaya.Saya duk berhibur bersama kawan-kawan.Inilah zaman untuk mencuba sagala-galanya yang baru.Lebih-lebih lagi duduk di asrama,jauh dengan parents.Saya ingat zaman inilah yang memberi peluang saya merasai pelbagai pengalaman manis dan pahit.Tidak boleh saya lupakan.Hari-hari keluar asrama lambat sampai dicam cikgu muka saya dan rakan-rakan.Hari yang saya dapat merasai "fly" keluar tanpa kebenaran warden dan banyak lagi pengalaman lain.Tetapi satu perkara yang paling saya ingat ketika suatu malam yang sunyi sepi,ramai pelajar yang sudah dibuai mimpi tapi saya dan rakan-rakan yang masih terjaga masih berkeliaran di beranda asrama.Kononnya menikmati angin malam di samping meneman kawan membasuh baju di malam hari.Kawan saya ni memang lawak orangnya.Tambahan bila ketawa memang berdekah-dekah kuatnya.Mana tidaknya kami beramai-ramai memakai bedak sejuk.Apabila melihat wajah masing-masing terasa geli hati.Berdekah-dekah kami ketawa.Tanpa saya dan rakan-rakan sedari,rupanya ketawa kami ini menyedarkan warden sehingga beliau melangkahkan kakinya ke atas.Apa lagi bertembunglah saya dan rakan-rakan dengannya.Kebetulan saya yang paling berhadapan dengannya,dengan pantas tangannya hampir hinggap ke muka saya.Namun berkat kesabaran beliau,beliau menjatuhkan semula tangannya.Tapi pada fikiran saya beliau mungkin x jadi menampar saya kerana terkejut melihat wajah saya yang dipenuhi bedak sejuk.Dalam hati saya ketika ini memang terasa geli hati.Mahu sahaja ketawa saya dilepaskan.Namun kerana ketakutan,senyuman sahaja yang dilemparkan.Alhamdulillah xsempat hinggap dimuka saya.Namun beliau terus memaki saya dan rakan-rakan.Kata-katanya masih segar dalam ingatan saya, "Celaka kamu!!Aeishah (kebetulan saya sahaja yang beliau ingat nama) kenapa kamu x tidur lagi??!!" saya pun menjawab,"Saya tunggu kawan saya basuh baju,saya berdiri la di beranda ni." "Kamu ni nak cari pelanggan ke?!!"balas cikgu saya. Astagfirullahalazim.. masa ni saya dan rakan-rakan memang sangat terkejut dengan kata-kata beliau.Saya memang xdapat lupakan peristiwa ini.Bagi memastikan kami terus ke dom kami,beliau sanggup tunggu kami dan mengikut kami sehingga kami masuk ke dom.Keesokan harinya semasa rocall beliau mengumumkan kejadian yang berlaku dan nama saya yang naik.Jadi famous sekejap.Nasib baik nama saya hanya naik untuk rocall asrama.

Banyak sangat pengalaman yang saya dapat sepanjang hampir tiga tahun  duduk di asrama ni.Kenangan bersama rakan-rakan banyak yang xboleh dilupakan.Rupa-rupanya sedar xsedar saya tergolong dalam kumpulan yang bukanlah jahat sangat tapi darah muda.Mencari kehiburan.Tapi senakal-nakal kami pun bukanlah seteruk manapun.Seronok join kumpulan ni.Hubungan sesama rakan sangat erat.Melindungi satu sama lain kononnya.

Kini,kesedihan melanda diri saya pabila saya terpaksa bertukar sekolah.Bukanlah terpaksa namun pilihan saya.Saya ke Sekolah Menengah saujana Impian,Kajang.Di sekolah ni,apa yang saya ingat saya mula menanam minat belajar bahasa arab dek kerana minat saya dengan cara pengajaran ustazah saya.Kalau sebelum ni saya hanya belajar kerana telah memilih masuk program KAA.Namun baru saya sedar sedikit keseronokan mempelajari bahasa arab.Di sekolah sini saya mula belajar menggunakan panggilan "saya", "kita", "awak" sesama rakan.Sedikit demi sedikit perubahan berlaku ke dalam diri saya.Sebelum ini hanya "aku" dan "kau".Saya terasa perubahan ke atas diri saya.Pada awalnya perasaan memberontak bertukar kepada kelembutan.Alhamdulillah.Saya pindah kerana ibu saya melanjutkan pelajarannya ke Australia.Jadi saya hanya duduk dengan nenek dan makcik.Oleh kerana saya berasa keseorangan tanpa ibu,hidup saya ketika itu banyak perubahan.Lebih-lebih lagi dengan persekitaran sekolah dan rakan-rakannya sangat banyak membantu mengubah sedikit diri saya.

Kemudian,saya meneruskan pengajian di SBP Integrasi Gombak.Point disini saya mula mengenal tarbiah,usrah,agama,rohani. Disini banyak sungguh mengubah dan membentuk rohani saya.Saya mula merasa ketenangan berada dalam zon tarbiah ni.Sungguh tenang.Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. Saya mula mengenal dan cuba mengamalkan solat-solat sunat.Banyak perkara yang menjadikan diri saya seorang yang tabah dan kuat sini.Kawan sekeliling yang kebanyakannya dari sekolah-sekolah agama mahupun tidak banyak membentuk keperibadian saya.Namun saya tetap saya.Saya masih lagi mencari diri saya.


Melalui perjalanan hidup ini,saya sedikit demi sedikit mengalami perubahan diri dan masih lagi mencari perubahan diri.Semoga tarbiah di bumi anbiya dapat membantu mengubah diri saya kepada yang lebih baik.

Satu point yang saya dapat pabila dapat berkawan dengan dua jenis kumpulan kawan yang baik mahupun yang sedikit nakal.Saya sering memerhati ketika waktu zaman persekolah di asrama sekolah harian saya.Pabila once saya dan rakan-rakan telah buat kesilapan,cikgu akan aim kami.Dan menganggap kami budak yang nakal.Dan saya rasa kalau sekalipun saya cuba untuk berubah kepada yang baik,expectation buruk still melekat pada diri saya.So,saya dapat sedikit kesimpulan, saya tidak boleh memandang mereka yang nakal mahupun jahat akan kekal berpanjangan nakal atau jahat.Saya kena terima mereka dengan tanggapan yang baik.husnuzon.Sampai bila mereka akan berubah kalau saya tidak memberi support kepada mereka.Sampai bila mereka akan berubah kalau saya still tidak boleh menerima mereka atau sampai bila mereka akan berubah kalau saya tidak menarik mereka melainkan mereka mengalami perubahan environment yang baik sekitarnya seperti yang saya alami.Berkawan dengan mereka sangat terhibur dan sentiasa rasa dijaga kerana mereka memang sangat menjaga hubungan kawan.Ukhuwahnya erat sebab tu nak lakukan apa-apa perkara bersama.Nakk "fly" bersama sehingga tertangkap warden bersama.Namun kalau diubah perangai kami,memang boleh diubah kepada solat bersama,pergi ke majlis ilmu bersama dan lain-lain.Alhamdulillah saya dapat berubah akhirnya.Diri saya sentiasa mengharapkan perubahan. Saya sentiasa mengharapkan perubahan kepada yang lebih baik semasa berada di bumi anbiya.
InshaAllah.. :)

2 comments:

  1. InsyaAllah..setiap dari kita mesti lakukan anjakan paradigma, bukan..InsyaAllah..moga kita tabah dan kuat nak hadapi perubahan..Innamal A'malu Binniat..wainnama likullimri'im manawa..

    ReplyDelete
  2. x sngka nakal jgak pngwas skola ni... heheh

    ReplyDelete