Friday, March 25, 2011

kisah benar : Bertempur dengan Iblis dan Jin Ayah Pin::

Bertempur dengan Iblis dan Jin Ayah Pin http://blog.fs-alpha.com/?p=1124

Pada tahun 2005, terdapat satu kumpulan ajaran sesat yang bergelar Kerajaan Langit atau Sky Kingdom yang bertapak di Besut, Terengganu. Pengasas kepada Kerajaan Langit ini iaitu Arifin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin. Kumpulan ini telah disenaraikan sebagai kumpulan ajaran agama sesat oleh Kerajaan Malaysia . Ajaran agama sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu.



Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai Tuhan kepada segala agama. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran agama sesat yang disebarkannya. Dia membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan beberapa struktur besar untuk melambangkan kuasa tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan mamayungi umat manusia.


Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut lapuran, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980han tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi. Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.


Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia , akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand . Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.

Terlebih dehulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.



Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka. Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga scan setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.



Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.

Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau road block bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.

Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana . Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.

Setelah membuat tinjauan atau quick survey di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.

Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.


Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.


Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.

Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.


Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Hj. Lokman

19 November 2010

~yg baik itu tauladan

yg tidak baik tu jadikan sempadan~

Wednesday, March 16, 2011

soal cinta

Bismillah..

Rasanya xlayak untuk saya berbicara mengenai soal cinta ini.Cuma, kebetulan saya berpeluang membaca beberapa artikel mengenai cinta.Sangat menarik.Saya rasa xada sesiapa pun yang menginginkan sebuah rumah tangga yang porak-peranda dan huru-hara.Semuanya menginginkan sebuah rumah tangga yang bahagia dan yang paling diimpikan sebuah rumah tangga yang bahagia berlandaskan syariat Islam.Mungkin rumah tangga beginilah yang melahirkan ketenangan.Semua ahli-ahli keluarga ingat mengingati satu sama lain.Tegur menegur dengan cara yang baik.Mengadakan hari keluarga.Mengadakan usrah bersama keluarga.Bahagianya begini.Saya juga sentiasa mengiimpikan sebuah keluarga sebegini :)

Saya amat tertarik dengan beberapa potongan perenggan dalam artikel-artikel yang saya baca.Antaranya :

Hakikatnya, siapa kita sewaktu tua dicorakkan oleh masa muda kita. Jika cinta kita dibina atas tujuan beribadah, maka tujuan itu mampu mempertahankan kita daripada landaan godaan, cabaran dan masalah yang datang bersama krisis pertengahan umur. Jika pangkal jalan kita benar, maka mudahlah kita kembali ke pangkal jalan itu apabila dirasakan tersasar di pertengahan jalan kehidupan itu.

Berniatlah berkahwin kerana Allah, kerana itulah pangkal jalan yang dapat kita susuri kembali apabila bertembung dengan masalah dalam kehidupan berumah tangga pada awal, pertengahan atau di hujungnya nanti.

Jadi, sangat penting dijaga niat dalam membina cinta dalam rumah tangga. Ia hakikatnya satu hijrah dari alam bujang ke alam perkahwinan dan hijrah itu mestilah didorong oleh niat yang baik, benar dan betul.Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w. bahawa seseorang itu akan mendapat ganjaran atau balasan mengikut apa yang diniatkannya.

Tapi semua ini tidak bermaksud pula kepada pasangan yang dah terlajak.Maksudnya, mereka yang berkahwin tanpa sedikit pun terniat kerana Allah? Yang berkahwin atas dorongan fitrah dan dilangsungkan atas dasar adat bukan ibadah.Tetapi sebenarnya tiada istilah terlambat dalam melakukan sesuatu kebaikan.Selagi ada nyawa di badan, maka selagi itulah kita mampu membetulkan atau mempebaharui niat dalam perkahwinan.Kita kenalah bertaubat atas niat yang salah dahulu dan menggantikan dengan niat yang baru yang lebih benar.

Kalau dah di sebut tentang cinta, pasti kita semua memikirkan siapakah jodoh kita? Saya petikkan kata-kata yang saya tertarik daripada artikel yang saya baca.

Jodoh pertemuan urusan Tuhan.Murnikan niat dan terus berikhtiar merupakan kewajipan insan, muhasabah dan perbaikilah kelemahan, agar pasanganmu Allah segera dekatkan.

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu, kita diperintahkanNya agar berusaha. Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga.

Oleh itu, siapa jodoh kita? berapa banyak rezeki kita? dan bila? Itu bukan kerja kita.Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya berusaha. Jadi, kita kenalah berusaha dengan baik, Allah pasti tidak mengecewakan kita.Pemuda yang baik adalah untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya, tak gitu? Yang paling penting kita lihatlah pada hati budi dan amalan hidupnya. Rupa dan hartanya adalah perkara yang terkemudian.Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya.Namun kita sentiasa perlu ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding diri kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan di kecewakanNya.Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia itu tidak sama dan sering berubah-ubah mengikut masa, keadaan dan usia. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya.

Satu lagi antara artikel yang saya minat membacanya,
Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya.Maka, pada ketika ini, syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Itulah kaedah Allah menyelamatkan orang yang baik daripada pasangan hidup yang jahat.Bagaimana pula jika si anak baik dan ibu bapa juga baik tetapi urusan pernikahan masih lagi terbengkalai.Apa maknanya? Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya.Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah ditentukan oleh Allah dengan orang baik yang lain pula.

Namun, kita kena selalu beringat. Janganlah sampai kita menduakan cinta-Nya. Dan sentiasalah beringat dengan ayat ini, "Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Surah al-Isra',17:32)

Ketika cinta berkuasa, diri menjadi bingung, gundah-gulana dan resah melanda. Banyak urusan tergendala. Apa yang dibuat serba xkena. Merebak rasa malas. Membarah rasa segan jika orang tahu tindakan yang pernah dilakukan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran. Menyimbah nur dengan kegelapan. Hati menjuih tatkala mendengar kebenaran.

Kita kena selalu beringat, adakah kita ingin membina sebuah mahligai perkahwinan dengan sebuah kenangan cinta yang menghampiri zina? Berkatkah nanti syurga dunia idaman kita? Mampukah ia membawa kepada syurga abadi? Itulah persoalan-persoalannya.Saya juga tertarik dengan kisah percintaan ustaz Hasrizal :)
Jom sama-sama kita baca buku karangan ustaz Hasrizal atau lebih dikenali dengan saifulislam , "Aku Terima Nikahmu" Alhamdulillah saya berpeluang membeli ketiga-tiga buah buku tersebut.Cuma  tunggu masa untuk menghabiskan kesemuannya.Kekadang kita kena berfikiran futuristic.Bukan apa, saya teringat kisah perbualan saya dengan seorang pak cik yang saya tidak kenal.Tetapi pakcik tersebut agak peramah,rancak berborak dengan beliau.Banyak point yang saya dapat.Kami bukan berborak kosong tapi semuanya bermanfaat :) Kebetulan anak pakcik ni baru berjaya bergelar sebgai seorang Dr.Oleh itu, semua pengalaman yang pakcik tersebut dapat daripada anaknya dikongsi bersama saya.

Antara point yang saya nak kongsikan, pakcik tersebut mengingatkan saya bahawa kerjaya sebagai seorang doktor bukanlah calang-calang pekerjaan.Jadi, pakcik tersebut mengingatkan saya supaya bersedia fizikal dan mental.Pakcik tersebut juga mengingatkan bahawa kerjaya ini sangat sibuk,jadi dia suruh saya cari calon pasangan hidup lebih awal.hehe geli hati saya memikirkan. Tetapi saya pun xtahu kebenaran ini.Apa yang perlu saya lakukan hanyalah berdoa agar dijodohkan dengan pasangan yang soleh.Saya harap ini juga merupakan satu usaha saya :)

Sesiapa yang berjaya membaca entry ini sehingga pengakhiran ini, saya harap agar kita dapat saling ingat mengingati satu sama lain agar kita jauh dari menduakan cinta Allah.Saya menulis entry ini untuk mengingatkan diri saya juga.Saya akan gunakan entry ini sebagai bacaan saya untuk sentiasa mengingatkan diri ini yang sering alpa.

Ingatlah bahawa cinta itu adalah soal rasa.Ia tidak terbina oleh urat, daging atau tulang. Tetapi ia rasa yang terbina dalam hati. Di daerah rasa ini, tidak ada tua atau muda. Di daerah rasa ini, tidak ada permulaan, pertengahan atau pengakhiran. Di hati orang yang beriman, tetap ada cinta. Cinta tetap muda walaupun yang bercinta telah tua..justeru cinta itulah yang membentuk hati yang sejahtera, bekal kita ke alam syurga!

Tuesday, March 15, 2011

Qailulah

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: lakukanlah qailulah (tidur siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan qailulah," (Riwayat al-Tabarani)

Sesungguhnya amalan qailulah (tidur sebentar siang hari) mempunyai manfaat yang sangat besar untuk kita amalkan.Ia nampak ringkas,sekadar tidur beberapa minit,tetapi manfaatnya amat besar sekali.





Jam ditangan menunjukkan tepat pukul 1 tengah hari.Mata terasa berat.Kepala mula berpusing.Pandangan menjadi kabur.Fikiran tumpul dan tidak mudah untuk fokus.Segala kerja menjadi lembap dean tidak menjadi.Badan memberi isyarat untuk "lena" seketika.Nak tidur?

Oh,tidak mungkin kerana kerja-kerja yang masih belum disiapkan bertimbun! Dalam tidak sedar,akhirnya terlelap seketika di atas kerusi pejabat dengan komputer terpasang.Seketika kemudian terjaga semula dikejutkan suara rakan-rakan sekerja.Badan seolah-olah sebuah bateri yang baru dicas semula.Fikirannya tadi tumpul menjadi tajam dan gerakan kembali lincah.Kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan lebih pantas.Ajaib! Adakah ini kesan daripada tidur hanya beberapa minit tadi?

Dalam sesetengah masyarakat,tidur pada waktu siang dianggap satu perlakuan orang yang malas dan tabiat yang tidak baik.Di negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat, masa dinilai sebagai duit.Mereka mengkritik amalan tidur pada waktu siang hari kerana dianggap sebagai tidak mendatangkan keuntungan,tidak produktif, malas dan membuang masa sahaja.Namun, mereka baru mnyedari akan kepentingan tidur seketika pada siang hari.

Islam sebenarnya telah lama mengajar umatnya tentang day napping.Bahkan ini merupakan sunah Rasulullah s.a.w yang disebut sebagai qailulah.Dalam bahasa arab qailulah bermaksud tidur sebentar pada waktu tengah hari.Dalam kitab Misykat al-Masabih juga menyebut mengenai sunah Rasulullah.Mengenai qailulah, "Tidur yang sedikit pada siang hari (qailulah) tidaklah keji.Rasulullah s.a.w ada melakukannya."

Sebaik sahaja bangkit daripada qailulah,badan kita mungkin akan berasa sedikit pening dan kaku, namun ia hanya sementara untuk tempoh 5-20 minit.Selepas tempoh itu tamat,badan kita akan mengalami perubahan mendadak dari segi emosi,kecerdasan dan juga fokus.Namun Rasulullah s.a.w. mengajar kita untuk tidur sekejap sahaja dan tidak berlebihan.Kajian menunjukkan jika kita tidur berlebihan pada siang hari dan dilakukan selepas pukul 4.00 petang,badan kita akan memasuki fasa tidur yang lena yang susah untuk bangkit semula.Kesannya, badan akan berasa pening dan terhuyung-hayang dalam tempoh masa yang lama dan juga boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur pada waktu malam hari.Wallahu a'lam.


Manfaat Day Napping
1)Membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja dan belajar.
2)Meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
3)Meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan.
4)Baik untuk jantung dan kesihatan.
5)Menungkatkan fungsi kognitif.
6)Memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman.
7)Menjadikan minda lebih kreatif.
8)Mengelakkan daripada mengantuk ketika bekerja atau belajar.

Dipetik input ini dari buku solusi edisi 29
karangan Dr.Farhan Hadi Mohd Taib..
Jom kita sama-sama amalkan qailulah :)

Monday, March 14, 2011

Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib

Assalamualaikum Dato’ Seri.
...
Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH
Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun
sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula
mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya
ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai
remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang
tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke
penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca
suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di
laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media
arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi
kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.

Tidaklah pula saya katakan yang
saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah
remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari
hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang
mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta
ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan
seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang
remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang
InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya
bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan
sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai
neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau
Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas
yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya,
apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau
Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya
jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam
(saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada
beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program
Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca
Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban
hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada
dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’
nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’
maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’
akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga
tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan
anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis
kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan!
HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali
KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya
tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut.
Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta
ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi
anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk
MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN.
Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga
kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka,
menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur
antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan
MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di
Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan
Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8
bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung
kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul.
Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara
kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan.
Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7
bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi
mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan
hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan
malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk
persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang
penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan
kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya
Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri
merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan
lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca
timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar
bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran?
Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala
besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau
lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’
Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai
generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan
rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan
menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki
barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’
Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’
hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya
pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita,
ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain
daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar
bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri,
saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri
melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak
dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar
pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam)
yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya
dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’
Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan
jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar
untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha
untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan
menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang
yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya
tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri
ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri
mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus
perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah
harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga
satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit
yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala
buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan
neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan
meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka
dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk
Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan
neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai
ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri orang bangsawan.
Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun
Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri
Dato’ Seri juga kaya raya.

Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik
10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri
tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di
celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat
kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan.
Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai
penilainya adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya
melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk
menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang,
berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN
lebih menghimpit daripada membantu).

Kadang-kadang, apabila anak-anak
yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa
terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun
masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki
halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu
bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah
sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang
menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10
sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat
benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi.
Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat
sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA
RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa
yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri
yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai
tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama
binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami
disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai
pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah
menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara,
beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang
menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah
kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah
pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang
media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk
bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah
dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa
peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan
suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi
begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak
menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri
bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang
berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah
kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk
memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga
menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah
bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap
tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu
detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu
rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah
yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana
berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri.
Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit
keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan
pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’
Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang
bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju
Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda
yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’
Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk
memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama,
nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya
berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah
mereka sampaikan.

Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan
keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan
sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup
dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan
kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran,
pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam,
Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di
negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya
mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama
Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada
pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan
Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan
saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok
bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri
meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu
penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada
surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin
lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak
memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK
KAMI!

Sekian, terima kasih.

p/s - p/s : Salam alaik. Sila
sebar-sebarkan untuk tatapan setiap remaja dan rakyat Malaysia yang inginkan
perubahan. Demi ISLAM kita berjuang..!

http://www.facebook.com/AnakMudaBenciPolitikKotor

Sunday, March 6, 2011

kesedaraN L8

"Bukankah dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang berada dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di muka bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan yang lain? Sedikit sekali nikmat Allah yang kamu ingat."
(An-Naml,27:62)

Bismillah..

Pejam celik rupanya hampir berakhirnya percutian di Malaysia.Perjuangan di Mesir mesti diteruskan.Tanggal 18/3/11 berangkatlah saya semula ke bumi Mesir.Inshaallah. Alhamdulillah.. Allah masih memberi peluang untuk terus mendapatkan ilmu dan pengalaman di sana.


Tahun peruntukan tunai haji




Hmm.Baru dapat kesedaran mengenai tabung haji.Walau apapun Alhamdulillah diberi juga petunjuk ni.Biarlah lambat asal masih berkesempatan membuka akaun tabung haji ni.Alhamdulillah simpanan wang yang mencukupi syarat yang ditetapkan tabung haji,jadi saya berpeluang mendaftarkan diri untuk menyertai jemaah haji menunaikan haji.

Tapi saya agak terkejut juga,mangira-ngira tahun yang diberi lembaga tahun haji untuk tahun peruntukan tunai haji pada tahun 2038 masihi.Tolak tambah saya menghitung umur saya untuk menunaikan haji ketika umur saya 46 tahun.X pernah saya terfikir tentang ini,Baru saya tahu mengenai ini.Rupanya ada giliran untuk menunaikan haji.Adakah masih sempat saya menunaikan haji ketika umur itu? Sihatkah lagi saya ketika itu? Bermacam-macam persoalan yang datang.Bertambah risau saya memikirkannya.Mulalah saya menyalahkan diri saya dan orang lain, "Napelah aku xdaftar awal2?", "Nape aku xbuka akaun tabung haji dari dulu?", "Nape ibu xbuka akaun tabung haji untuk aeishah dari dulu ye?" Xbaik rasanya diri ini bila menyalahkan takdir ini.Menyesal sekarang pun xda gunanya.

Tapi mungkin boleh dijadikan pengajaran.Mungkin sekarang saya dah bertekad, jika umur ini masih panjang, jika diberi peluang lagi untuk hidup di muka bumi ini, jika di beri peluang untuk bertemu jodoh, jika diberi peluang untuk mendirikan rumahtangga, jika diberi peluang untuk menimang cahaya mata, mungkin, inilah pengajarannya.Saya akan membukan akaun untuk mereka dari awal lagi.Mungkin ini akan memudahkan mereka.Alhamdulillah.Inilah pengajaranNya.

Tapi ini tidak semestinya ketetapannya.Mungkin saya masih boleh buat rayuan untuk mempercepatkan tahun saya untuk menunaikan haji jika syaratnya sudah sempurna.Atau, mungkin jika diizinkanNya, saya boleh menggunakan pihak swasta untuk urusan ini bagi memudahkan lagi urusan haji ini.Semuanya di serahkan kepadaNya.Saya hanya mampu berdoa dan berharap yang terbaik dariNya.
InshaAllah..

Friday, March 4, 2011

Alam yang iNdah

"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya" (67:15)



Di Malaysia

Bismillah..

Alhamdulillah saya mendapat ilham untuk menulis entry ini.Entry kali ni saya tulis untuk mengungkapkan rasa cinta saya terhadap sesuatu.Rasa cinta yang lahir dari dalam jiwa saya ini dapat melahirkan juga perasaan bersyukur dan rasa kebesaranNya.Alhamdulillah rasa cinta saya ini juga lahir atas kebenaranNya juga.Cinta saya akan alam semulajadi menjadikan saya seorang yang suka memerhati sambil berfikir akan kebesaran dan kehebatan ilahi.Hebatnya segala ciptaanNya.Sungguh indah.

Alhamdulilah juga saya ucapkan kepadaNya kerana memberi peluang kepada saya melanjutkan pelajaran saya di Alexandria.Betul-betul dikelilingi laut Mediterranean.Sangat indah.SubhanaAllah.Oleh kerana peluang ini tidak semua orang dapat,jadi saya memanfaatkan peluang saya dengan menghadirkan diri saya ke laut sekali dalam seminggu selagi tiada halangan.Tenang sekali pabila dapat duduk di tebing itu sambil menghirup udara yang segar itu sambil dibuai oleh angin laut.Kebaikannya sangat banyak.Di samping dapat mengambil zat besi laut,saya juga dapat ketenangan dan kelegaan yang sangat memuaskan diri saya.Selain itu, melihat keindahan dan kebesaran Allah juga dapat memungut pahala.

Antara rahsia kebijaksanaan Luqman al-Hakim juga adalah dengan melihat penciptaan Allah.Melihat keindahan alam dapat meluaskan pemikiran kita.Jadi kita kena rajinkan diri kita untuk melihat keindahan alam.Barulah kita sentiasa sedar siapakah yang hebat di bumi ini.Siapa yang berkuasa di bumi ini.Segala-galanya milikNya.Dialah yang paling berkuasa dan maha bijaksana dalam menguruskan segala urusan.

Di Alexandria

Lalat dan berhala sembahan

Bismillah..

"Wahai umat manusia! Diberikan satu perbandingan maka dengarlah akannya dengan bersungguh-sungguh.Sesungguhnya mereka yang kamu seru dan sembah,yang lain daripada Allah itu,tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya.Dan jika lalat itu mengambil sesuatu daripada mereka,mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya(kedua-duanya lemah belaka),lemah yang meminta(daripada mendapat hajatnya)dan lemah yang kena minta(daripada menunaikannya)"
(surah al-hajj,73)

Hikmah diciptakan seekor lalat

Alhamdulillah saya masih diberikan nikmat kesihatan,nikmat iman dan nikmat masa lapang.Dapatlah saya menulis entry ini.Tajuk yang saya pinjam daripada majalah solusi isu 29 ni, lalat dan berhala sembahan di ambil kerana menarik minat saya untuk membacanya.Itu salah satu faktornya.Faktor kedua, saya pernah mendengar ayat ini dari rakan saya, Zakiah.Dia menunjukkan saya ayat ini kerana begitu tertarik dengan ayat ini.Hal ini kerana ayat ini menggunakan kiasan seekor lalat."Lalat pun disebut Allah dalam ayat ni.hebatnya.Zaman dulu pun ada lalat la aeishah"kata Zakiah.Inilah kata-kata yang saya ingat.(mungkin ada perubahan sedikit yg saya buat dari segi tatabahasa atau konteks ayat ni.heh) Tapi buat pertama kalinya saya melihat ayat ini daripadanya pun memang saya pun berasa sedikit kagum bahawa terdapat kiasan seekor lalat di dalam al-Quran.Baru saya sedari.Hebatnya.

Jadi,selepas membeli majalah solusi isu baru ni,saya menyelak-nyelak helaian-helaian muka surat majalah ini dan tertarik dengan tajuk artikel ini.Membaca ayat ini,saya terus teringat Zakiah.Kalau sebelum ini,semasa dia menunjukkan saya ayat ini,saya pun membacanya.Namun saya xfaham maksud disebalik ayat ini.Alhamdulillah petunjuk dari Allah.Setelah saya selesai baca artikel ini,baru saya faham maksud di sebalik ayat ini.Alhamdulillah.X sabar saya nak menginformkan kepada Zakiah.

Ayat ini memberi kiasan menunjukkan betapa lemahnya berhala-berhala yang disembah oleh orang kafir.Kebodohan orang kafir itu menyebabkan mereka masih mengharapkan berhala-berhala yang lemah itu.Allah s.w.t mendatangkan kiasan ini supaya mereka berfikir,bagaimana tuhan-tuhan yang mereka sembah tidak mampu untuk mencipta walau seekor lalat sekalipun.

Allah s.w.t telah menggunakan hujah yang berbentuk logik akal,mampukah berhala ciptaan manusia itu menolong orang yang memerlukan pertolongan?Berhala-berhala ini juga tidak dapat berbuat apa-apa sekiranya lalat itu mencuri makanan daripada mereka.Menurut Ibn 'Abbas,golongan musyrikin itu telah menyapukan berhala mereka dengan za'faran dan madu,lalu datang lalat dan memakannya.

Secara sedar dan tidak sedar,saya terfikir mengapa seekor lalat menjadi kiasan.Jika di padangan mata saya sekarang,lalat itu merupakan serangga yang tidak berfungsi ke arah kebaikan kepada manusia.Malahan lalat ini merupakan sejenis serangga perosak yang menyebarkan pelbagai penyakit.Sehingga kini lalat merupakan antara serangga yang menjadi punca utama masalah kesihatan manusia dan haiwan ternakan seluruh dunia.Sememangnya banyak mikroorganisma yang melekat bersama-sama dengan lalat.

Namun Allah boleh sahaja mengungkapkan dan memberi contoh dengan haiwan-haiwan yang lain atau serangga-serangga yang lain.Tetapi apabila lalat telah dipilih,sudah tentu ia mempunyai hikmah yang tersirat.Menurut al-Qurtubi,lalat dipilih dalam kiasan ini berdasarkan empat faktor khusus yang terdapat padanya iaitu hina,lemah,kotor dan jumlah yang banyak.Pemilihan lalat sebagai kiasan dalam al-Quran juga adalah sama seperti pemilihan nyamuk.Hal ini kerana lalat merupakan serangga umum yang mempunyai taburan meluas di seluruh pelusuk muka bumi ini.Oleh yang demikian,sekiranya serangga yang umum pun yang mudah didapati pun tidak dapat dicipta oleh manusia,apatah lagi untuk menciptakan sesuatu yang ganjil.Ia sekali gus menunjukkan kelemahan manusia dan menzahirkan mukjizat yang terdapat di dalam al-Quran.

Oleh kerana lalat merupakan agen yang membawa penyakit,maka nabi s.a.w menyuruh agar meneutralkan racun yang ada pada lalat sekiranya ia terjatuh ke dalam air.Sabda nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari maksudnya:
"Apabila lalat jatuh ke dalam minuman kamu, maka hendaklah ditenggelamkan lalat tersebut.Kemudian dibuangkan,kerana pada salah satu sayapnya membawa penyakit dan pada salah satu lagi mengandungi penawar"

Subhanaallah.Hebatnya penciptaan Allah..