Friday, May 20, 2011

rezeki beza semut dan manusia.. hebatnya!!

SEMUT
=====

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu
peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di
atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini
hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.



Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut
pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan
ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada
rezeki untuk ku".



Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa
banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana
engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".



Nabi
Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum
sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi
Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan
dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh
dalam bekas dan tutup bekas itu.



Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila
cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak
semut: "Kamu
rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji
gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".



Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku
ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti
sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki
itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak
pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas
yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya
kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua
bulan. Aku takut kamu lupa".



Itulah Iman Semut!!


MANUSIA
=======

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati.

Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.

Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu.



Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya
apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan
Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk
korek balik.



Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir.

Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100
kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan
bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam
yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap
kiblat.



Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah.

98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".



Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.

Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.


Kata Saidina Ali
kepada Kamil: "ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU
DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA
BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA
DIBELANJAKAN".



Soalan: Bagaimana IMAN kita?

No comments:

Post a Comment