Monday, May 2, 2011

Di mana DIA di hatiku?

Bismillah

Saya mem'promote' buku Di mana DIA di hatiku? hasil karangan Pahrol Mohd Juoi. Buku ini sangat berkait dengan hati.Pentingnya jaga hati kita.Sesungguhnya hati adalah raja dalam badan kita.Rosak hati kita rosaklah segala-galanya.Saya rasa buku ini banyak membantu untuk membaiki hati kita.

ALLAH itu amat hampir
Tapi,kenapa kau masih meminggir?
Akalku alpa berfikir,hatiku lupa berzikir..

Memberi akan lebih gembira daripada menerima dengan syarat kita memberi dengan kasih sayang.Tanpa kasih sayang,kita tidak akan gembira dengan memberi.Justeru awas,sekiranya kita memberi tetapi tidak gembira lagi bererti kasih sayang dalam diri telah terjejas.

mujahidah itu pahit kerana syurga itu manis.

Tersedar aku daripada kegelapan
terlerai belenggu yang mengikat 
tersingkap segala hijab yang gelap
lalu kulihat alam dari mata hatiku
jalan yang jitu bukan palsu

Oh inilah cahaya dalam diri
yang selama ini ku cari-cari
aku bangkit kembali
aku mula mengenali diri
lalu terpancar keindahan ILAHI

Dalam kelam,suram masih ada hidayah
TUHAN tidak melihat pada aksi dan seri wajah
tapi selagi mempunyai hati yang masih sudih merintih
oleh dosa,oleh alpa

Kiranya masih terpilih tidak tersisih
menjadi seorang hamba yang soleh lalu aku bangun
menuju jalan itu,jalan satu diribuan liku

Aku ada teman
aku ada TUHAN
disitu jalan cahaya
aku bangkit daripada gelita
melangkah satu demi satu dengan waja!

Kita boleh senyum ketawa dan mesra ketika bersama manusia,namun jauh di sudut hati,biar tetap sedih dan merintih karana mengenangkan dosa lampau,dosa kini dan dosa akan datang.Yang paling penting dalam hidup ini ialah mempunyai hati yang qanaah-hati yang berpada-pada dengan apa yang ada.Sedikit,mencukupi.Banyak,boleh diagih-agihkan.Kita perlu sentiasa menjaga keinginan agar tidak melewati batas-batas keperluan.

Saya rasa penting sangat menjaga hati.Kekadang memang kita mampu tersenyum,namun hati tetap bermuram.Bila hati ada rasa kekurangan,mulalah saya rasa 'something wrong'.Saya rasa perasaan ini tidak dapat saya ungkapkan.Namun jelasnya, kepada ALLAH kita berserah.Kita cuba cari ALLAH agar DIA membantu kita untuk mencari semula hati kita. Mungkin ini petanda supaya kita perlu lebih dekat denganNYA. 

No comments:

Post a Comment