YA ALLAH.. pada hari ini saya pinta kepadaMU.Leraikanlah segala kekusutan di fikiran saya.Entah mengapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi.Gelombang mujahadah itu tidak pernah tenang.Kadang-kala saya sendiri bertanya,sayakah ini?
Saya juga tak mampu menangis kerana dosa.Hati saya amat keras.Saya cuba menangis dengan berasa kesal.Tapi gagal.Mengapa saya tak mahu menangis?Ya Allah kerasnya hati saya ini.Mohon dilembutkan.Ya Rabbi saya mohon saya diberi hati yang lain.Hati ini bagaikan sudah mati Ya Allah.
Saya kembara telah jauh ya Allah.Namun kolam hati saya kian keruh.Beban tambah berat.Diri ini kian penat.Urusan kian payah.Jiwa semakin gundah.Beri saya kekuatan ya Allah.
Hmm.SubhanaAllah.Cukuplah sekadar belajar muscle+bone for upper limb.Sudah saya rasakan hebatnya ciptaan Allah.Begitu rumit sekali.Sekadar belajar setiap bahagian for upper limb,pelbagai muscle attachment.Sukarnya nak hafal semuanya.Saya membayangkan sebagaimana sukarnya hendak mempelajarinya,lagi sukar mahu menciptanya.Namun memang Allah itu maha berkuasa.Mudah sahaja Dia menciptakan perkara yang begitu rumit itu.SubhanaAllah.Saya hampir putus asa.Sukar sangat nak menghafal pelbagai nama untuk setiap bahagian tulang,muscle and nerve.Namun bila saya memikirkan betapa Allah dah menciptakan saya dengan hebatnya,perasaan putus asa saya cuba buangkan dalam diri saya.Hebatnya Allah.Cuma katakan "kun fayakun" sahaja. Jadilah makhluk ciptaan Allah.Makin banyak saya belajar,lagi banyak keajaiban yang saya jumpa.Tiada siapa yang dapat meniru ciptaan Allah ini.
Sukarnya belajar medik.Medik oh medik.Namun kerana memikirkanMu,saya gagahkan lagi diri untuk terus tabah mempelajarinya.
Berilah saya kekuatan dan ketabahan ya Allah.Saya sentiasa berasa keseorangan.Namun saya sedar dan akui saya bukan keseorangan,Kau sentiasa bersama saya.Bantulah saya mencariMU.Biarkanlah apa jua yang saya lakukan hanya keranaMu.Permudahkanlah segala urusan saya Ya Allah.
No comments:
Post a Comment