Saturday, April 30, 2011

Tertarik dengan ini

TUHAN
dalam letih aku merintih
kelemahan dan kelalaianku
alpa dan dosaku
aku lemah dan tak berdaya
TUHAN
dalam suka dan duka
tangis dan tawa
melimpah rahmat dan nikmatMu
dalam sibuk dunia yang gawat
KAU lupa kuingat
TUHAN
 ampunilah hatiku yang pilu
tak endah bila menadah
akan kebesaranMu
ingatkan daku
agar mengingatMu
TUHAN
bicaraMu tanpa suara
belaianMu hanya rasa
KAU terlalu dekat
tanpa suara
namun cintaMu ketara jua
(dipetik dari buku "Dimana DIA di hatiku?")
Alhamdulillah.Saya diberi peluang lagi hidup di muka bumi ini dan masih diberi nikmat untuk terus menulis di blog ini."Sampaikanlah walau satu perkataan."

Hari Khamis lepas,saya masih diberi kesempatan masa lapang untuk menghadiri kelas tafakkur yang diadakan di aras tiga asrama MARA,Iskandariah,Mesir. Kelas Tafakkur ini disampaikan oleh Ustaz Aqli. 
Untuk minggu itu,Ustaz Aqli cerita mengenai buku Riyadul Solihin.

Saya amat tertarik dengan elaboration hadis dibawah tajuk Pintu bersabar.Hadis yang ke-35.Buku ini dalam bahasa arab.Jadi ustaz Aqli terangkanlah cerita disebalik hadis ini.Saya harap sesiapa yang membaca entry ini dapat betulkan saya kalau ada yang saya kongsi tersalah info.

Hadis ini mengenai seorang wanita yang berkulit hitam dan dikatakan bersifat ahli syurga.Wanita ini pernah datang berjumpa dengan Rasulullah.Kata wanita tersebut kepada Rasulullah, "Saya mempunyai penyakit epilepsy(sawan).Bila masa penyakit sawan saya datang,aurat saya selau terdedah.Maka berdoalah kepada Allah untuk saya agar menyembuhkan penyakit ini. Maka Rasulullah pun menjawab, "Sesungguhnya bersabarlah,maka kesabaran kamu membawa kamu ke syurga.Tetapi jika engkau mahu saya mendoakan agar penyakit engkau sembuh,maka engkau tidak akan mendapat syurga." Oleh itu wanita tersebut memilih untuk bersabar. Namun wanita tersebut berkata, "Ya Rasulullah,doalah untuk saya agar aurat saya tidak terdedah sepanjang kesabaran saya menghadapi penyakit saya."

Hebatnya. Saya tertarik sangat dengan hadis ini.Hebatnya Rasulullah menjawab pertanyaan wanita tersebut.Kalau saya fikirkan balik,bila sahabat-sahabat saya  mengkhabarkan bahawa mereka tidak sihat,saya rasa saya akan menjawab, "semoga Allah sembuhkan kamu" Tetapi hebatnya Rasulullah,baginda memberitahu supaya kita bersabar kerana kesabaran itu membawa kita ke syurga.SubhanaAllah.. musibah+bersabar = syurga. Benarlah kunci segala kejayaan adalah bersabar. Alhamdulillah, saya rasa besarnya ilmu yang saya dapat dengan hanya dengan menghadiri majlis ilmu yang mengisi waktu antara maghrib dan isyak.Alhamdulillah. :)

Satu lagi perkara yang perlu kita ingat dan waspada. "ALLAH yang memberi kita keberkatan dan kepada ALLAH sahaja tempat kita berdoa" Tetapi apa yang orang selalu tersalah bicara adalah apabila seorang sahabat ini berkata kepada seorang ulama atau orang-orang yang kuat agamanya"bagilah saya sihat,bagi saya menang esok ye." Ia seolah-olah kita berharap kepada mereka.Sedangkan kita sepatutnya berserah kepada Allah.Kita sepatutnya mengatakan,"Awak doakan saya sihat atau awak doa kepada Allah agar saya dimudahkan segala urusan."

InshaAllah.Sekadar ini sahaja perkongsian saya.

 

No comments:

Post a Comment