Friday, April 1, 2011

Kedudukan yang lebih mulia

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud ia berkata, " Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w, apakah amalan yang dicintai Allah? Beliau menjawab : Solat tepat pada waktunya." Lalu aku bertanya lagi : " kemudian apa lagi ? " Beliau menjawab "Berbakti kepada kedua orang tua. " Lalu aku bertanya lagi : "kemudian apa lagi? " Beliau menjawab : " Jihad di jalan Allah ."  (Mutaffaq alaihi)

Sesungguhnya Rasulullah sebagai pendidik agung, benar-benar telah menjadikan berbakti kepada kedua orang tua berada di antara dua amal yang paling besar dalam islam,iaitu solat tepat pada waktunya dan jihad di jalan Allah.Solat adalah tiang agama,sedangkan jihad adalah puncak tertinggi dari ajaran Islam.Lalu adakah kedudukan yang lebih mulia dari berbakti kepada kedua orang tua yang telah dijelaskan oleh Rasulullah ini?

Pernah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w dan membai'at beliau untuk hijrah dan jihad dengan mengharapkan pahala dari sisi Allah.Rasulullah tidak segera menerima bai'atnya seraya bertanya kepadanya, "Apakah salah seorang dari orang tuamu masih hidup? " lelaki tadi menjawab: "ya, bahkan kedua-dua masih hidup." beliau bersabda: "Apakah engkau ingin mencari pahala dari sisi Allah? " Lelaki tadi  menjawab: "Ya benar." Kemudian Rasulullah yang penuh kasih sayang bersabda :" Kembalilah kepada kedua orang tuamu dan pergaulilah keduanya dengan baik."

Dalam Riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa pernah datang seorang lelaki kepada Rasulullah meminta izin untuk berjihad.Beliau bertanya: "Apakah kedua orang tuamu masih hidup? " Ia menjawab : "Ya benar." Beliau bersabda: " Pada kedua orang tuamu berjihadlah."

"Keperibadian Wanita Muslimah" buku inilah yang membicarakan perkara di atas.Hebatnya kedudukan ibu bapa.Alhamdulillah.Saya menulis semula.Cuma apa yang bezanya adalah tempat menulis saya yang berubah.Kalau dulu suasana menaip saya di Malaysia.Kali ni, Allah masih membuka peluang kepada saya untuk meneruskan pembelajaran saya di Mesir.Alhamdulillah saya masih berpeluang menjejakkan kaki saya di Mesir selepas satu revolusi yang terbesar di Mesir.Akhirnya kemenangan di tangan mereka yang benar.

Memandangkan hampir sebulan di Malaysia,jadi pabila sampai sahaja di Alexandria segalanya berubah.Negaranya serba sedikit berubah ke arah "negara bersih".Walaupun pada awalnya saya agak kecewa sedikit.Tapi bila difikirkan,perubahan sedikit demi sedikit.perubahan yang ekstrem sangat pun tak bagus.Bukanlah semua kawasan di Alex menjadi bersih,tetapi adalah sedikit kawasannya yang bersih dari dahulu.Mereka bertambah semangat.Mana-mana saya berjalan,banyak lukisan dan lakaran di dinding-dinding jalan,di tempat menunggu bas dan lain-lain di warnakan dengan warna bendera Mesir.Bermacam-macam lakaran yang ada termasuklah " i luv Egypt".Hebatnya mereka :)

Mostly tujuan di wujudkan entry terbaru ni adalah berbalik kepada tajuk saya " kedudukan yang lebih mulia".Siapakah golongan itu?  ibu bapa kitalah. Saya rasa tajuk ini dah sangat biasa di bualkan.Dan pada pandangan saya,tajuk yang biasa dibualkanlah adalah antara sesuatu yang sangat penting.Sesuatu yang penting itulah yang sering kita lupa.Siapalah ibu bapa itu dalam diri setiap individu itu amat berbeza.Semuanya bergantung pada cara ibu bapa mendidik anaknya.Dari situlah anak-anak membuat interpretasi tentang ibu bapa mereka.

Tidak kisahlah bagaimana seseorang anak itu menginterpretasi ibu bapa mereka.Tapi apa yang penting buat setiap anak itu adalah berbakti kepada kedua ibu bapanya.Sama ada ibu bapanya masih hidup atau yang telah meninggalkan dunia ini.Saya sangat tertarik dengan kasih sayang Rasulullah setelah rakan saya,Zakiah menceritakan kepada saya kisah ini.Rasanya terkena balik dekat saya.Terjawab jawapan saya.Hebat juga kasih Allah pada hambanya.


Entry ni khas untuk ibu.Ibu dah berubah fikiran.Akhirnya ibu meminta saya untuk pulang summer break ni.Memang agar sukar buat saya mengubah tekad saya untuk stay di Mesir kepada pulang ke Malaysia summer ni.Memang saya bertekad sangat untuk berpuasa di mesir.Teringin sangat merasa puasa di bumi mesir ni.Teringin menghabiskan masa mencari ilmu-ilmu agama cuti summer ni.Tapi setelah lama saya memikirkan perkara ni,akhirnya Allah memberikan saya jawapannya.Memang niat mahu merasa suasana ramadhan di Mesir,tapi apakah yang melebihi tingginya kedudukan seorang ibu.

Alhamdulillah,saya terbuka hati akhirnya untuk balik Malaysia summer ni.Semoga Allah memberikan yang terbaik.Berbakti kepada kedua ibu bapa lagi tinggi darjatnya dari berjihad mencari ilmu.InsyaAllah saya berdoa agar Allah memudahkan saya untuk mencari ilmunya agar saya dapat lebih mengenali pencipta saya..

No comments:

Post a Comment