Wednesday, February 16, 2011

Tarikh 16 Febuari 2011 bersamaan 13 RabiuAwal 1432


Bermula dengan perkongsian sepotong ayat dari surah al-Isra' 17:79 "Dan pada sebahagian malam lakukan solat Tahajud(sebagai suatu ibadah)tambahan bagimu. Mudah-mudahan Allah mengangkatmu ke tempat yang terpuji" Alhamdulillah Alhamdulilah Alhamdulillah Allah masih mengurniakan nikmat kesihatan,kelapangan dan kesihatan. Hari ini hanya coretan untuk mengisi masa kelapanganku. Hari ni aku ikut ibuku ke office sebab perancangan hari ini aku nak buka akaun bank Islam.Kebetulan office ibuku dekat dengan Bank Islam branch Putrajaya.  Jadi, dalam pukul 9 pagi dari ofiz ibu, ak pun pergi sendirian ke Bank Islam.Sampai sahaja di depan Bank Islam aku pun bersemangat untuk melangkah masuk ke Bank Islam,tetapi perasaanku hampa apabila aku dapati Bank Islam masih tutup.Aku terpaksa menunggu. Sementara menuggu Bank Islam ni buka, aku pun berjalan-jalan sekitar kawasan itulah.Lebih kurang setengah jam selepas itu, barulah buka bank Islam. Aku pun terus ke kaunter no giliran. "Kak, saya nak buka akaun Bank Islam." kakak kaunter tu pun bagilah aku borang.Selesai isi borang aku pun terus serahkan borang tersebut kpd akak yang sama.Kemudian akak tu meminta akak untuk duduk sementara menuggu nama aku dipanggil.Terbayang macam di hospital pula sebab kena tunggu nama dipanggil. "Siti Aeishah"panggil seorang pegawai bank di kaunter yang sama.Sementara menunggu dia menguruskan borang-borang tersebut, tiba-tiba dia bertanya aku, "Awak belajar di Mesir ke?Balik sekali dengan misi Piramid la ye?Bila balik sini?" aku pun menjawab,"ya,saya belajar di Mesir.Balik dengan misi piramid ni.Saya balik hari Rabu." "Jadi famous pelajar-pelajar Mesir ni.",bicara hatiku ini. Banyak la soalan yang diutarakan oleh pakcik pegawai bank ni.Aku bertambah seronok la berscerita.Bersemangat rasanya bila bercerita.Tapi dalam bercerita aku teringat kata-kata ustaz Isahak/Walid,"Nanti kalau kamu balik Malaysia cerita sebenar-benarnya apa yang kamu nampak.Kamulah saksi yang paling dekat mengetahui tentang keadaan Mesir" Teringat kata-kata ustaz membuatkan aku berhati-hati untuk berbicara mengenai keadaan Mesir agar aku tidak menokkok tambah cerita-cerita yang tidak benar.Alhamdulillah. Kemudian urusan borang aku diteruskan ke kaunter yang lain pula,Pakcik pegawai bank tadi membawa aku ke kaunter seterusnya.Dia beritahu kat rakan sekerjanya, "Kak,cakap tahniah kat dia.Ni pelajar Mesir.Baru selamat sampai malaysia" berdekah-dekah mereka ketawa.Aku pun tumpang ketawa.Jadi malu aku.Jadi famous sekejap.Macam diinterview orang.Macam biasa,sementara menunggu urusan akak pegawai bank ni pula menanyai aku pelbagai soalan tentang Mesir ni.Antaranya, "dik,apa sebenarnya berlaku kat Mesir?Macam mana boleh berlaku pergolakan ni? aku pun menjawab dengan panjang lebarnya.Bersemangat aku bercerita.Settle urusan di kaunter ni.Next aku terpaksa menunggu lagi untuk kaunter pemprosesan pula untuk dapatkan kad ATM dan urusan lain-lain.Aku pun duduk la kat kerusi yang disediakan.Sedang leka aku menunggu,tiba-tiba datang seorang wanita yang agak berusia pangkat nenek-nenek la bagi aku. Dia datang kat aku dan bertanya kepadaku, "Nak,mana nak ambil nombor?" aku yang sedang  dalam kelekaan menunggu agak tersentak dengan pertanyaan makcik yg sudah berusia ini.Tidak sempat aku menjawab pertanyaan makcik ini, akak yang menjaga kaunter nombor giliran datang dan memberitahu makcik tersebut, "makcik kena isi borang dulu baru boleh ambil nombor" makcik tersebut tidak menghiraukan  pernyataan akak tersebut dan terus bertanya ak, "Nak nombor mana nak?selalu ada nombor.macam mana ni.nombor.nombor mana nak?" makcik tersebut terus menyebut-nyebut perkataan "nombor" itu. Hati aku jadi tidak keruan memikirkan makcik ini.Rasa belas kasihan membuak dalam diriku ini.Bagi melegakan perasaan makcik ini, akak kaunter nombor giliran itu sekali lagi menanyai makcik tersebut, "makcik nak keluarkan duit ke?" "makcik nak keluarkan duit",jawab makcik tersebut. walaubagaimanapun, makcik tersebut tiba-tiba mengeluarkan buku akaun banknya dan terus memberitahu bahawa dia hendak menukar buku baru. Akak tersebut terus menanya makcik tersebut, "makcik nak keluar duit ke tukar buku baru?' "nombor mana?nombor!!..",jawab makcik tersebut. Akak tersebut terus mengambil buku akaun makcik tersebut kemudian menyerahkan nombor giliran kepada makcik tersebut. "makcik duduk dulu ye.Ni buku dan nombor giliran makcik"beritahu akak tersebut.Selepas 15 minit, "2015 kaunter 5"bunyi media elektronik di bank tersebut. Lantas makcik tersebut bangun.Namun makcik tersebut berjalan menghala arahku sekali lagi. "Nak,kaunter mana nak?" ak yang tidak fokus dengan panggilan nombor tersebut terus melihat kertas nombor giliran makcik tersebut dan memerhati board nombor dihadapan ak.Aku terus bangun dan memimpin makcik tersebut ke arah kaunter 5 sambil memberitahu makcik tersebut,"kaunter 5 makcik." terima kasih"balas makcik tersebut.Hatiku berasa sangat girang dapat menolong makcik tersebut.Aku terus duduk kembali ke tempatku kerana urusan aku masih belum selesai.Aku memerhati sahaja makcik itu dari arah tempat dudukku ini.Melihat makcik itu keseorangan membuatku berfikir, dimanakah anak-anaknya?kasihan makcik ini keseorangan.Lantas fikiranku terus mengenangkan nenekku yang telah baru meninggal dunia tahun lepas.Perasaan rinduku terhadap arwah nenekku sangat mendalam kerana semasa kejadian itu aku tidak berkesempatan menghadirkan diriku di rumahku kerana aku berada di Kemaman,Program persediaan untuk belajar di Mesir.Aku berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat melihat wajah akhir arwah nenekku kerana aku duduk dengan nenekku sejak dari kecil lagi.Dialah yang telah menjaga aku,menyuapkan aku,masak untukku sejak dari kecil lagi.Namun aku pasrah hadapi semua ini.Aku yakin,semuanya ada hikmahnya.Allah lebih menyayangi arwah nenek.Oleh sebab peristiwa inilah menyebabkan aku tidak boleh melihat makcik-makcik yang berusia pangkat nenek-nenek.Sekiranya aku melihat mereka,pasti hati aku terasa sangat sayu dan aku selalu rasa nak peluk sahaja mereka.Selesai sahaja urusan aku di bank aku terus pulang ke office ibuaku.Oleh sebab kebosanan duduk di office,aku pun menaiplah coretan kisah ini.Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment