Thursday, February 24, 2011

Hikmah berada di Malaysia

 "Barang siapa mentaati Allah dan Rasul (Muhammad), maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah,(iaitu) para nabi, para pecinta kebenaran, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya" (4:69)
Saya membilang hari-hari saya berada di Malaysia setakat ni sudah hampir  dua minggu dua hari.Hari  ni tiba-tiba sahaja hati saya berkata-kata, "apa yang telah aku isikan sepanjang cuti ni?" Lama juga saya fikir dan banyak benda yang membuatkan saya terfikir sejenak.Saya cuba muhasabah diri saya. "Mengapa ye semua ini berlaku?" "Mengapa aku di Malaysia?" Pada mulanya,apabila bermulanya rusuhan yang semakin hari semakin berlarutan dan semakin teruk ni,keluarlah rumour-rumour mengatakan kerajaan Malaysia memanggil pelajar-pelajar Mesir-Malaysia untuk pulang ke Tanah Air.Di saat itu perasaan gembira untuk pulang ke Malaysia berputik sedikit di dalam hati saya.Namun perasaan itu hanya lahir sebanyak 45% berbanding dengan 55% perasaan saya memilih untuk tidak balik ke Malaysia.Bukanlah saya seorang yang lupa daratan,xnak pulang ke tanah air.Tapi semua ni kerana saya telah membulatkan tekad saya untuk tidak balik bagi tahun pertama pengajian saya. "...Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada Allah.Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakal." (3:159) Namun saya tahu,saya hanya seorang hamba yang hanya mampu merancang sahaja. "...Boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (2:216) Perancangan saya untuk tidak balik ke Malaysia hanya untuk mengutip pengalaman di Mesir.Memang orang boleh kata, "Alah kita kan belajar di Mesir enam tahun.Lama lagi.Banyak pengalaman masih boleh dikutip." Tapi bagi saya,saya tetap dengan pendirian saya untuk merasai bulan Ramadhan di Bumi Anbiya ini,Saya nak kutip banyak-banyak ilmu agama di Mesir.Saya tahu,saya amat jahil tentang agama.Saya nak menggunakan peluang yang ada dengan mencari sebanyak mana ilmu agama dan mencari pengalaman.Saya suka pengalaman hidup. Tetapi,akhirnya saya bertapak jua di bumi Malaysia.Saya sedang duduk di atas kerusi sambil jari jemari saya menekan-nekan button keyboard.Siapa yang tahu?Semuanya hanya kuasaNya.Dia sahaja yang mengatur segalanya.Pada awalnya hati saya selalu memberontak, "bosannya.bosannya.bosannya!!!" Pada fikiran saya, hati saya memberontak kerana saya perlu tinggal seorang di rumah dan saya sendiri tidak tahu apa yang perlu saya lakukan.Keseorang di rumah tanpa mampu berkomunikasi dengan sesiapa hanya menambahkan rasa kebosanan saya.Hanya media elektronik sahaja buat peneman diri saya.Televisyen,internet,Mp3.. "perkara apa yang perlu aku lakukan?"bentak hatiku ini.Hari demi hari saya isi dengan perkara yang sama.Bagi saya ia bukanlah sesuatu yang sangat bermanfaat.Namun suatu hari, Allah memberi saya sedikit petunjuk untuk memanfaatkan masa saya.Suatu petang,saya menonton rancangan di saluran Oasis,saya tidak ingat rancangan apa?Tapi apa yang jelas rancangan itu betul-betul menyedarkan saya bahawa betapa pentingnya ilmu itu.Rancangan itu mengisahkan kehidupan seorang hamba Allah di perantauan,London.Minatnya terhadap ilmu sangat jelas sehingga didalam rumahnya sahaja terdapat banyak rak buku.Terdapat sudut khas untuk ruangan membacanya.Oleh kerana ilmunya yang banyak membuatkan beliau sangat dihormati dan disayangi oleh rakan-rakannya,jiran-jiran dan kebanyakan masyarakat.Benarlah,sungguh hebat orang yang berilmu ni. "Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslimin".. Rancangan itu memang membuka mata saya. "Ya Allah banyaknya masa aku yang telah aku sia-siakan" Saya terus berasa diri saya ini tersangatnya rugi kerana tidak menghargai masa saya ini dengan sesuatu perkara yang tidak berfaedah.Saya berfikir sejenak,Mungkin ini lah masa yang perlu saya gunakan sebaik-baiknya yang Allah kurniakan kepada saya.Masa cuti dan masa rehat yang perlu saya isikan dengan baik. Saya betul-betul mendapat semangat.Sejurus itu saya terus mengambil buku saya "cofidental" untuk merancang perkara-perkara yang perlu saya lakukan.Saya berkata dalam hati saya, "Aeishah kau kena manfaatkan masa ni!" Saya menyenaraikan dahulu perkara-perkara yang saya nak lakukan."The Arrival,The Divine Book,riadah,buku Dr.Danial Zainal Abidin,baca blog-blog orang......." Selesai sahaja saya menyenarai,saya mengatur masa-masa yang hendak saya jadualkan.Saya mengatur masa saya dari pagi sehingga ke malam.Tetapi timbul sedikit kecelaruan di dalam fikiran saya,semua yang saya senaraikan xde langsung pun pembelajaran saya berkaitan medik mahupun apa-apa revision mengenai medik.Penat saya berfikir mengenai ini,akhirnya saya membuat keputusan untuk tidak memasukkan langsung "medik" dalam senarai saya.Mengapa ye saya xnak masukkan "medik" dalam senarai saya?? Saya berfikir panjang dan itulah keputusan saya.Pada keesokan harinya, saya mula mencuba jadual baru saya.Saya cuba memanfaatkan masa saya.Alhamdulillah barulah saya tidak terasa sangat kebosanan yang sering saya alami sebelum ini.Alhamdulilah.Sepanjang cuti ini banyak hikmah yang dapat saya rasai.Saya harap hari-hari cuti saya diberkati Allah dan semoga saya dapat memanfaatkannya dengan baik.Rasa rindu dengan tarbiah sepertimana saya perolehi semasa beberapa bulan belajar di Mesir cukup merindukan saya. Rupanya kebosanan dan rasa kosong itu juga merupakan rasa kosongnya jiwa saya dengan tarbiah.Saya cuba dengan menonton video-video "halaqah sentuhan qalbu", video "ceramah-ceramah Dato.Dr.Fadzillah Kamsah dan membaca blog-blog seperti blog Ustaz Halim cukup membantu jiwa saya.Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Syukur sangat kepadaNya kerana memberi petunjuk ini.

1 comment: