Thursday, February 10, 2011

MESIR : “Mubarak beredar. Kami tidak beredar”

 
Medan Tahrir.
Seperti yang diduga, kenyataan Amerika kelmarin terus terang mahukan Mubarak terus berkuasa demi kepentingan Amerika di Timur Tengah, bahkan di dunia sedangkan minggu lalu, sebaik Intifadhah Mesir meletus, Amerika seolah-olah mempamirkan ia meminta Mubarak melepaskan jawatan Presiden yang disandangnya sejak 30 tahun lalu, tanpa timbalan. Reaksi dari Mubarak ialah beliau melantik Timbalan Presiden buat pertama kalinya, mengganti kabinet termasuk Perdana Menteri. Setelah melihat langkah-langkah tersebut tidak mujarab dan tidak meredakan perhimpunan di Medan Tahrir, beliau meminta Umar Sulaiman bertemu dengan pemimpin-pemimpin perhimpunan Rakyat. Apa pun, Mubarak tidak

mahu melepaskan jawatan Presiden sebegitu mudah. Ia bukan sahaja dari hasratnya, bahkan pihak-pihak yang peka politik sudah maklum, ia adalah hasrat dan arahan dari Washington sendiri. Amerika dan Israel khuatir jika Mubarak melepaskan jawatan, pilihanraya bebas diadakan mengikut lunas-lunas Perlembagaan, pihak yang akan memang ialah Ikhwan Muslimin (Ikhwan) itu sendiri. Sekiranya Ikhwan memenangi pilihanraya dan menguasai Parlimen dan pemerintahan di Mesir, banyak kepentingan politik, ekonomi dan budaya Amerika di Timur Tengah akan tergugat terutamanya keselamatan Israel akan terancam secara langsung.
 
Kejatuhan regim Mubarak bererti lenyapnya negara haram “I.s.r.a.e.l” dari peta dunia menjadi semakin hampir. Selagi lobi Yahudi masih menguasai politik dan pemimpin Amerika, mereka sekali-kali tidak akan membenarkan regim Mubarak atau Parti Demokratik Nasional di Mesir tumbang.
Sehingga kehari ini, tuntutan Rakyat yang ditunjangi dakwah Ikhwan Muslimin masih tidak berganjak iaitu Mubarak dan Umar Sulaiman meletakkan jawatan, parti Watani, “Dewan Rakyat” dan “Dewan Syura (Negara)”nya dibubarkan, regim dan pihak keselamatannya juga dibubarkan, kerajaan peralihan ditubuhkan bagi menyelia Pilihanraya Umum yang bebas, telus dan adil diadakan dalam masa terdekat.
Hari Jumaat 4 Februari 2011 lalu dinamakan oleh Rakyat yang berdemonstrasi di seluruh Mesir seramai berjumlah 7 juta orang itu sebagai “Jumaat Al-Raheel” atau Jumaat Hari Beredar (bagi Mubarak, regim dan parlimennya). Sepatutnya ia berlaku secara terpaksa dipihak Mubarak atau secara memaksa oleh Rakyat dengan cara rusuhan, namun ia belum berlaku. Oleh itu pemerhatian dunia kepada Mesir kini ialah pada hari-hari Jumaat seterusnya iaitu Jumaat 11 Feb, Jumaat 18 Feb atau Jumaat 25 Feb. Ia seolah-oleh seperti Perang Khandak diantara Rasulullah saw dengan Tentera Ahzab, dimana perang secara langsung dan berdepan tidak berlaku kerana terdapat parit yang mengasingkan kedua-dua pasukan, akan tetapi ia adalah perang saraf dimana masing-masing bertahan sehingga salah satu pihak mengalah kerana kekalahan dalamannya sendiri disegi saikologi, jiwa, sokongan, ketahanan dan kesatuan yang telah bergolak dan menyebabkan kelemahan.
 
Obama dan kabinet Amerika. Keputusan Mubarak di Mesir terhadap rakyatnya adalah bukan dari dirinya dan untuk maslahat (kepentingan) umatnya, akan tetapi ia adalah keputusan dari sini, pentadbiran Amerika.
Cerita-cerita dari pelajar-pelajar Malaysia yang pulang dari Mesir ada yang menarik untuk diambil pengajaran terutama beberapa peranan Ikhwan Muslimin yang diketahui oleh rakyat Mesir sendiri walaupun regim Mubarak mengatakan ia adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan. Sebaik Intifadhah Mesir ini meletus dengan sendirinya rentetan dari Kebangkitan di Tunis, bukan dari perancangan sesiapa termasuk Ikhwan Muslimin sendiri, keadaan lalulintas di bandar-bandar terutama di bandaraya Kaherah banyak terganggu. Ini disebabkan terutamanya polis Mubarak ramai yang takut dan melarikan diri dari menjalankan tugasnya. Namun pemuda-pemuda Ikhwan Muslimin tolong mengambil tugas tersebut, tolong mengawal lalulintas dan melicinkan pergerakan kenderaan. Rakyat yang selama 30 tahun sebelum ini takut dengan polis dan mata-mata gelap regim Mubarak, tetapi kali ini hilang ketakutan tersebut dari dada-dada mereka lalu bertindak membakar hampir kesemua balai polis dan pejabat Parti Nasional milik regim Mubarak. Sebahagian kakitangan polis dan penjara bertindak membebaskan banduan-banduan jenayah dengan syarat mereka akan melakukan huru hara untuk rakyat membenci Intifadhah. Banyak kedai dipecah dan hartabenda dicuri serta orang awam diganggu. Namun pemuda-pemuda Ikhwan dibantu oleh masyarakat setempat bertindak mengawal keselamatan orang awam dan hartabenda di setiap kawasan perumahan dan perniagaan. Rakyat yang  bertahan menunjuk perasaan di Medan Tahrir kekurangan bekalan makanan, namun Ikhwan Muslimin bertindak menyalurkan makanan secara tersusun kepada mereka. Ada pihak yang terutama mata-mata gelap yang cuba menyelinap masuk ke dalam perhimpunan dengan tujuan mencetus perpecahan dan huru hara di sana, namun pemuda-pemudan Ikhwan dengan rakyat bertindak sebagai pengawal dan memeriksan setiap peserta baru yang ingin menyertai tunjuk perasaan tersebut diantaranya memastikan mereka bukan pihak polis yang dihantar regim Mubarak (setiap kad pengenalan warga Mesir tertulis pekerjaan dan kelulusan masing-masing) dan tidak membawa sebarang senjata. Disetiap jalan dan lorong yang berdekatan Medan Tahrir dibuat pemeriksaan kesihatan atau klinik percuma oleh doktor-doktor Ikhwan terutama bagi mereka yang cedera akibat serangan oleh pihak regim Mubarak. Disebelah malam diadakan pelbagai aktiviti seperti persembahan syair, hiburan Islam, ceramah dan sebagainya bagi mengisi masa peserta disamping memahamkan rakyat akan visi dan misi Intifadhah ini.
 
Perdana Menteri Zionis, Netanyahu (kiri) dan Presiden Mesir, Husni Mubarak bersetuju untuk membina tembok pemisah di sempadan Mesir-Palestin, untuk menghalang makanan, ubat-ubatan dan bantuan dari Mesir sampai ke rakyat Palestin. Jika Mubarak dan regimnya jatuh dalam Intifadhah Mesir 2011 ini, pintu sempadan akan terbuka, tembok pemisah akan runtuh. Bukan sahaja Palestin dimerdekakan bahkan Israel akan lenyap di dunia.
Apa yang dapat kita simpulkan hingga ke tahap ini ialah :
  1. Amerika, Israel dan Mubarak tetap tidak mahu melepaskan cengkamannya terhadap rakyat Mesir. Oleh itu pilihan menggunakan kekerasan dengan kekuatan tentera Mesir menjadi pilihan terakhir buat mereka.
  2. Jika Intifadhah Mesir ini berjaya ditamatkan dengan rakyat kembali ke rumah masing-masing tanpa mendapat sepenuhnya apa yang mereka mahu, regim Mubarak akan mengambil tindakan setegas-tegasnya terhadap rakyat terutamnya pimpinan mereka dan Ikhwan Muslimin. Ia boleh ketahap hukuman mati atas dakwaan cuba menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan.
  3. Rakyat yang dipimpin secara tidak langsung oleh Ikhwan Muslimin masih mengambil pilihan dan mengharapkan penyelesaian secara aman, iaitu mereka terus berdemo dan pihak regim Mubarak mengalah satu demi satu (concessions) sehingga permintaan Rakyat dipenuhi sepenuhnya.
  4. Ramai beranggapan inilah peluang terbaik bagi rakyat Mesir untuk membuat perubahan menyeluruh dalam negara mereka demi masadepan generasi-generasi mereka akan datang (now or never). Belum tentu mereka akan mendapat peluang seperti ini, yang menyaksikan Rakyat bersatu padu dan hilang ketakutan, seperti yang mereka saksikan pada hari-hari ini.
  5. Walaupun ketika ini berlaku kebangkitan di Yaman dan Jordan, namun kebangkitan di Mesir mendapat liputan luas antarabangsa kerana kedudukan Mesir yang strategik didalam umat Islam dan dunia amnya. Sebarang perubahan sistem di Mesir akan merubah senerio dan sejarah dunia secara langsung.
 
Hari Mesir mengulangi peranannya sebagai abang sulung kepada negara-negara Islam semakin dekat, membebaskannya dari penjajahan musuh-musuhnya. Apatah lagi kedudukannya hanya bersempadan dengan negara haram “I.s.r.a.e.l”, pusat projek Kuasa-kuasa Besar Dunia.
Semoga Allah swt memenangkan hamba-hambaNya yang bertakwa, menamatkan penderitaan umat Islam dan mengagungkan mereka didepan masyarakat antarabangsa dalam masa terdekat. Ameen.
Ustaz Halim   www.inijalanku.wp.com

No comments:

Post a Comment