Friday, March 4, 2011

Lalat dan berhala sembahan

Bismillah..

"Wahai umat manusia! Diberikan satu perbandingan maka dengarlah akannya dengan bersungguh-sungguh.Sesungguhnya mereka yang kamu seru dan sembah,yang lain daripada Allah itu,tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya.Dan jika lalat itu mengambil sesuatu daripada mereka,mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya(kedua-duanya lemah belaka),lemah yang meminta(daripada mendapat hajatnya)dan lemah yang kena minta(daripada menunaikannya)"
(surah al-hajj,73)

Hikmah diciptakan seekor lalat

Alhamdulillah saya masih diberikan nikmat kesihatan,nikmat iman dan nikmat masa lapang.Dapatlah saya menulis entry ini.Tajuk yang saya pinjam daripada majalah solusi isu 29 ni, lalat dan berhala sembahan di ambil kerana menarik minat saya untuk membacanya.Itu salah satu faktornya.Faktor kedua, saya pernah mendengar ayat ini dari rakan saya, Zakiah.Dia menunjukkan saya ayat ini kerana begitu tertarik dengan ayat ini.Hal ini kerana ayat ini menggunakan kiasan seekor lalat."Lalat pun disebut Allah dalam ayat ni.hebatnya.Zaman dulu pun ada lalat la aeishah"kata Zakiah.Inilah kata-kata yang saya ingat.(mungkin ada perubahan sedikit yg saya buat dari segi tatabahasa atau konteks ayat ni.heh) Tapi buat pertama kalinya saya melihat ayat ini daripadanya pun memang saya pun berasa sedikit kagum bahawa terdapat kiasan seekor lalat di dalam al-Quran.Baru saya sedari.Hebatnya.

Jadi,selepas membeli majalah solusi isu baru ni,saya menyelak-nyelak helaian-helaian muka surat majalah ini dan tertarik dengan tajuk artikel ini.Membaca ayat ini,saya terus teringat Zakiah.Kalau sebelum ini,semasa dia menunjukkan saya ayat ini,saya pun membacanya.Namun saya xfaham maksud disebalik ayat ini.Alhamdulillah petunjuk dari Allah.Setelah saya selesai baca artikel ini,baru saya faham maksud di sebalik ayat ini.Alhamdulillah.X sabar saya nak menginformkan kepada Zakiah.

Ayat ini memberi kiasan menunjukkan betapa lemahnya berhala-berhala yang disembah oleh orang kafir.Kebodohan orang kafir itu menyebabkan mereka masih mengharapkan berhala-berhala yang lemah itu.Allah s.w.t mendatangkan kiasan ini supaya mereka berfikir,bagaimana tuhan-tuhan yang mereka sembah tidak mampu untuk mencipta walau seekor lalat sekalipun.

Allah s.w.t telah menggunakan hujah yang berbentuk logik akal,mampukah berhala ciptaan manusia itu menolong orang yang memerlukan pertolongan?Berhala-berhala ini juga tidak dapat berbuat apa-apa sekiranya lalat itu mencuri makanan daripada mereka.Menurut Ibn 'Abbas,golongan musyrikin itu telah menyapukan berhala mereka dengan za'faran dan madu,lalu datang lalat dan memakannya.

Secara sedar dan tidak sedar,saya terfikir mengapa seekor lalat menjadi kiasan.Jika di padangan mata saya sekarang,lalat itu merupakan serangga yang tidak berfungsi ke arah kebaikan kepada manusia.Malahan lalat ini merupakan sejenis serangga perosak yang menyebarkan pelbagai penyakit.Sehingga kini lalat merupakan antara serangga yang menjadi punca utama masalah kesihatan manusia dan haiwan ternakan seluruh dunia.Sememangnya banyak mikroorganisma yang melekat bersama-sama dengan lalat.

Namun Allah boleh sahaja mengungkapkan dan memberi contoh dengan haiwan-haiwan yang lain atau serangga-serangga yang lain.Tetapi apabila lalat telah dipilih,sudah tentu ia mempunyai hikmah yang tersirat.Menurut al-Qurtubi,lalat dipilih dalam kiasan ini berdasarkan empat faktor khusus yang terdapat padanya iaitu hina,lemah,kotor dan jumlah yang banyak.Pemilihan lalat sebagai kiasan dalam al-Quran juga adalah sama seperti pemilihan nyamuk.Hal ini kerana lalat merupakan serangga umum yang mempunyai taburan meluas di seluruh pelusuk muka bumi ini.Oleh yang demikian,sekiranya serangga yang umum pun yang mudah didapati pun tidak dapat dicipta oleh manusia,apatah lagi untuk menciptakan sesuatu yang ganjil.Ia sekali gus menunjukkan kelemahan manusia dan menzahirkan mukjizat yang terdapat di dalam al-Quran.

Oleh kerana lalat merupakan agen yang membawa penyakit,maka nabi s.a.w menyuruh agar meneutralkan racun yang ada pada lalat sekiranya ia terjatuh ke dalam air.Sabda nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari maksudnya:
"Apabila lalat jatuh ke dalam minuman kamu, maka hendaklah ditenggelamkan lalat tersebut.Kemudian dibuangkan,kerana pada salah satu sayapnya membawa penyakit dan pada salah satu lagi mengandungi penawar"

Subhanaallah.Hebatnya penciptaan Allah..

No comments:

Post a Comment