Tuesday, March 15, 2011

Qailulah

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: lakukanlah qailulah (tidur siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan qailulah," (Riwayat al-Tabarani)

Sesungguhnya amalan qailulah (tidur sebentar siang hari) mempunyai manfaat yang sangat besar untuk kita amalkan.Ia nampak ringkas,sekadar tidur beberapa minit,tetapi manfaatnya amat besar sekali.





Jam ditangan menunjukkan tepat pukul 1 tengah hari.Mata terasa berat.Kepala mula berpusing.Pandangan menjadi kabur.Fikiran tumpul dan tidak mudah untuk fokus.Segala kerja menjadi lembap dean tidak menjadi.Badan memberi isyarat untuk "lena" seketika.Nak tidur?

Oh,tidak mungkin kerana kerja-kerja yang masih belum disiapkan bertimbun! Dalam tidak sedar,akhirnya terlelap seketika di atas kerusi pejabat dengan komputer terpasang.Seketika kemudian terjaga semula dikejutkan suara rakan-rakan sekerja.Badan seolah-olah sebuah bateri yang baru dicas semula.Fikirannya tadi tumpul menjadi tajam dan gerakan kembali lincah.Kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan lebih pantas.Ajaib! Adakah ini kesan daripada tidur hanya beberapa minit tadi?

Dalam sesetengah masyarakat,tidur pada waktu siang dianggap satu perlakuan orang yang malas dan tabiat yang tidak baik.Di negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat, masa dinilai sebagai duit.Mereka mengkritik amalan tidur pada waktu siang hari kerana dianggap sebagai tidak mendatangkan keuntungan,tidak produktif, malas dan membuang masa sahaja.Namun, mereka baru mnyedari akan kepentingan tidur seketika pada siang hari.

Islam sebenarnya telah lama mengajar umatnya tentang day napping.Bahkan ini merupakan sunah Rasulullah s.a.w yang disebut sebagai qailulah.Dalam bahasa arab qailulah bermaksud tidur sebentar pada waktu tengah hari.Dalam kitab Misykat al-Masabih juga menyebut mengenai sunah Rasulullah.Mengenai qailulah, "Tidur yang sedikit pada siang hari (qailulah) tidaklah keji.Rasulullah s.a.w ada melakukannya."

Sebaik sahaja bangkit daripada qailulah,badan kita mungkin akan berasa sedikit pening dan kaku, namun ia hanya sementara untuk tempoh 5-20 minit.Selepas tempoh itu tamat,badan kita akan mengalami perubahan mendadak dari segi emosi,kecerdasan dan juga fokus.Namun Rasulullah s.a.w. mengajar kita untuk tidur sekejap sahaja dan tidak berlebihan.Kajian menunjukkan jika kita tidur berlebihan pada siang hari dan dilakukan selepas pukul 4.00 petang,badan kita akan memasuki fasa tidur yang lena yang susah untuk bangkit semula.Kesannya, badan akan berasa pening dan terhuyung-hayang dalam tempoh masa yang lama dan juga boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur pada waktu malam hari.Wallahu a'lam.


Manfaat Day Napping
1)Membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja dan belajar.
2)Meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
3)Meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan.
4)Baik untuk jantung dan kesihatan.
5)Menungkatkan fungsi kognitif.
6)Memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman.
7)Menjadikan minda lebih kreatif.
8)Mengelakkan daripada mengantuk ketika bekerja atau belajar.

Dipetik input ini dari buku solusi edisi 29
karangan Dr.Farhan Hadi Mohd Taib..
Jom kita sama-sama amalkan qailulah :)

1 comment:

  1. Subhanallah..ajaibnya aturan Allah..moga sama2 kita dpt amalkan...

    ReplyDelete