Wednesday, March 16, 2011

soal cinta

Bismillah..

Rasanya xlayak untuk saya berbicara mengenai soal cinta ini.Cuma, kebetulan saya berpeluang membaca beberapa artikel mengenai cinta.Sangat menarik.Saya rasa xada sesiapa pun yang menginginkan sebuah rumah tangga yang porak-peranda dan huru-hara.Semuanya menginginkan sebuah rumah tangga yang bahagia dan yang paling diimpikan sebuah rumah tangga yang bahagia berlandaskan syariat Islam.Mungkin rumah tangga beginilah yang melahirkan ketenangan.Semua ahli-ahli keluarga ingat mengingati satu sama lain.Tegur menegur dengan cara yang baik.Mengadakan hari keluarga.Mengadakan usrah bersama keluarga.Bahagianya begini.Saya juga sentiasa mengiimpikan sebuah keluarga sebegini :)

Saya amat tertarik dengan beberapa potongan perenggan dalam artikel-artikel yang saya baca.Antaranya :

Hakikatnya, siapa kita sewaktu tua dicorakkan oleh masa muda kita. Jika cinta kita dibina atas tujuan beribadah, maka tujuan itu mampu mempertahankan kita daripada landaan godaan, cabaran dan masalah yang datang bersama krisis pertengahan umur. Jika pangkal jalan kita benar, maka mudahlah kita kembali ke pangkal jalan itu apabila dirasakan tersasar di pertengahan jalan kehidupan itu.

Berniatlah berkahwin kerana Allah, kerana itulah pangkal jalan yang dapat kita susuri kembali apabila bertembung dengan masalah dalam kehidupan berumah tangga pada awal, pertengahan atau di hujungnya nanti.

Jadi, sangat penting dijaga niat dalam membina cinta dalam rumah tangga. Ia hakikatnya satu hijrah dari alam bujang ke alam perkahwinan dan hijrah itu mestilah didorong oleh niat yang baik, benar dan betul.Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w. bahawa seseorang itu akan mendapat ganjaran atau balasan mengikut apa yang diniatkannya.

Tapi semua ini tidak bermaksud pula kepada pasangan yang dah terlajak.Maksudnya, mereka yang berkahwin tanpa sedikit pun terniat kerana Allah? Yang berkahwin atas dorongan fitrah dan dilangsungkan atas dasar adat bukan ibadah.Tetapi sebenarnya tiada istilah terlambat dalam melakukan sesuatu kebaikan.Selagi ada nyawa di badan, maka selagi itulah kita mampu membetulkan atau mempebaharui niat dalam perkahwinan.Kita kenalah bertaubat atas niat yang salah dahulu dan menggantikan dengan niat yang baru yang lebih benar.

Kalau dah di sebut tentang cinta, pasti kita semua memikirkan siapakah jodoh kita? Saya petikkan kata-kata yang saya tertarik daripada artikel yang saya baca.

Jodoh pertemuan urusan Tuhan.Murnikan niat dan terus berikhtiar merupakan kewajipan insan, muhasabah dan perbaikilah kelemahan, agar pasanganmu Allah segera dekatkan.

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu, kita diperintahkanNya agar berusaha. Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga.

Oleh itu, siapa jodoh kita? berapa banyak rezeki kita? dan bila? Itu bukan kerja kita.Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya berusaha. Jadi, kita kenalah berusaha dengan baik, Allah pasti tidak mengecewakan kita.Pemuda yang baik adalah untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya, tak gitu? Yang paling penting kita lihatlah pada hati budi dan amalan hidupnya. Rupa dan hartanya adalah perkara yang terkemudian.Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya.Namun kita sentiasa perlu ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding diri kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan di kecewakanNya.Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia itu tidak sama dan sering berubah-ubah mengikut masa, keadaan dan usia. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya.

Satu lagi antara artikel yang saya minat membacanya,
Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya.Maka, pada ketika ini, syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Itulah kaedah Allah menyelamatkan orang yang baik daripada pasangan hidup yang jahat.Bagaimana pula jika si anak baik dan ibu bapa juga baik tetapi urusan pernikahan masih lagi terbengkalai.Apa maknanya? Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya.Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah ditentukan oleh Allah dengan orang baik yang lain pula.

Namun, kita kena selalu beringat. Janganlah sampai kita menduakan cinta-Nya. Dan sentiasalah beringat dengan ayat ini, "Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Surah al-Isra',17:32)

Ketika cinta berkuasa, diri menjadi bingung, gundah-gulana dan resah melanda. Banyak urusan tergendala. Apa yang dibuat serba xkena. Merebak rasa malas. Membarah rasa segan jika orang tahu tindakan yang pernah dilakukan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran. Menyimbah nur dengan kegelapan. Hati menjuih tatkala mendengar kebenaran.

Kita kena selalu beringat, adakah kita ingin membina sebuah mahligai perkahwinan dengan sebuah kenangan cinta yang menghampiri zina? Berkatkah nanti syurga dunia idaman kita? Mampukah ia membawa kepada syurga abadi? Itulah persoalan-persoalannya.Saya juga tertarik dengan kisah percintaan ustaz Hasrizal :)
Jom sama-sama kita baca buku karangan ustaz Hasrizal atau lebih dikenali dengan saifulislam , "Aku Terima Nikahmu" Alhamdulillah saya berpeluang membeli ketiga-tiga buah buku tersebut.Cuma  tunggu masa untuk menghabiskan kesemuannya.Kekadang kita kena berfikiran futuristic.Bukan apa, saya teringat kisah perbualan saya dengan seorang pak cik yang saya tidak kenal.Tetapi pakcik tersebut agak peramah,rancak berborak dengan beliau.Banyak point yang saya dapat.Kami bukan berborak kosong tapi semuanya bermanfaat :) Kebetulan anak pakcik ni baru berjaya bergelar sebgai seorang Dr.Oleh itu, semua pengalaman yang pakcik tersebut dapat daripada anaknya dikongsi bersama saya.

Antara point yang saya nak kongsikan, pakcik tersebut mengingatkan saya bahawa kerjaya sebagai seorang doktor bukanlah calang-calang pekerjaan.Jadi, pakcik tersebut mengingatkan saya supaya bersedia fizikal dan mental.Pakcik tersebut juga mengingatkan bahawa kerjaya ini sangat sibuk,jadi dia suruh saya cari calon pasangan hidup lebih awal.hehe geli hati saya memikirkan. Tetapi saya pun xtahu kebenaran ini.Apa yang perlu saya lakukan hanyalah berdoa agar dijodohkan dengan pasangan yang soleh.Saya harap ini juga merupakan satu usaha saya :)

Sesiapa yang berjaya membaca entry ini sehingga pengakhiran ini, saya harap agar kita dapat saling ingat mengingati satu sama lain agar kita jauh dari menduakan cinta Allah.Saya menulis entry ini untuk mengingatkan diri saya juga.Saya akan gunakan entry ini sebagai bacaan saya untuk sentiasa mengingatkan diri ini yang sering alpa.

Ingatlah bahawa cinta itu adalah soal rasa.Ia tidak terbina oleh urat, daging atau tulang. Tetapi ia rasa yang terbina dalam hati. Di daerah rasa ini, tidak ada tua atau muda. Di daerah rasa ini, tidak ada permulaan, pertengahan atau pengakhiran. Di hati orang yang beriman, tetap ada cinta. Cinta tetap muda walaupun yang bercinta telah tua..justeru cinta itulah yang membentuk hati yang sejahtera, bekal kita ke alam syurga!

3 comments:

  1. ecah! best! :D
    tq ingatkan...aku malu sbnanye. dlu aku teruk, almost bole dikatakan mnduakan cinta Allah astaghfirullah. mmg aku x penah kapel, tp bile aku minat ssorg tu, sume bnde aku buat asek teringatkn org tu je huh teruknye T_T Alhamdulillah, Allah masih syg aku lg, Dia tarik aku dari terjerumus kt bnde2 yg x patot n Allah hntr aku kt bumi anbiyak ni, ruginya aku kalo x berubah ke arh lbih baik kn? :) shukron ya ukhti. smoga jd peringatan utk kite bersama2. MIRA SAYANG AEISHAH <3

    ReplyDelete
  2. POST YG HEBAT..SEMOGA KITA SEMUA DIBERKATI OLEH ALLAH SENTIASA.....

    ReplyDelete
  3. mira..
    alhamdulillah..
    xpe jom sama2 kita berubah ke arah yg lbh bek
    insyaAllah.. :)
    uhibukifillah
    jalila: thanks frenz :) lama xdgr khbr.sehat??

    ReplyDelete